Menjawab Soalan Menteri Besar: " Apa Salah Saya"

Melaka Digest
By -
0



Persoalannya bukan “apa salah saya?”, tetapi mengapa Negeri Sembilan akhirnya terpaksa berdepan pembubaran DUN.


UMNO Negeri Sembilan sejak awal telah mengingatkan bahawa kemelut ini boleh dielakkan jika Menteri Besar tidak campur tangan dalam perkara yang bukan berada dalam bidang kuasanya. Malangnya, nasihat itu tidak diendahkan.

Tindakan UMNO menarik sokongan bukan punca krisis, sebaliknya reaksi terhadap krisis yang telah berlaku dan jangkaan UMNO ia akan bertambah buruk jika sikap Menteri Besar kekal sebegitu rupa. Akhirnya terbukti benar, krisis ini makin teruk.

Jangan cuba mengalihkan kesalahan kepada pihak lain apabila keputusan dan tindakan sendiri menjadi punca situasi menjadi semakin rumit dan mengaibkan.

Jika benar semuanya berjalan baik dan teratur, mengapa Negeri Sembilan akhirnya terpaksa dibawa ke pilihan raya?

Rakyat berhak mengetahui hakikat sebenar. Pembubaran DUN ini bukan soal pengkhianatan, tetapi akibat kegagalan mengurus krisis yang sepatutnya boleh diselesaikan lebih awal. Full stop!

Menteri Besar, kami tampil menjawab soalan kamu, salah kamu adalah apabila kamu cuba mencampuri urusan yang tak sepatutnya kamu campuri. Kamu cuba langgar ‘red line’ yang telah ditetapkan. Kamu gagal untuk kawal krisis besar ini sehingga ia melarat dan mengaibkan keseluruhan institusi DiRaja dan adat di Negeri Sembilan di mata orang ramai. Kamu juga bersalah kerana telah membuat pembohongan dan tidak memperdulikan sabda Undang Yang Empat, juga menyebabkan nama baik Yang di-Pertuan Besar berhadapan dengan cemuhan di media sosial.

Jadi, jangan salahkan UMNO jika diri sendiri yang telah melakukan kesalahan-kesalahan berat sebegini.

Cuba kamu pula jawab soalan kami, jawab dengan jujur. Adakah 4 orang ADUN UMNO tidak menasihati kamu apa perlu dan tak perlu di buat sebelum perkara ini menjadi lebih berat? Adakah kamu ajak wakil UMNO untuk berbincang bagi mengurus krisis ini? Adakah kamu benar-benar mengiktiraf klausa “co-rules” dalam UUTKNS?

Jawab Tok Min!



Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)