Dendam Abu Bakar Hamzah Bukan Punca Shukri Letak Jawatan

Melaka Digest
By -
0

Spekulasi bahawa tindakan Shukri melepaskan jawatan Menteri Besar Perlis berpunca daripada dendam dari Abu Bakar Hamzah disangkal oleh sumber dalaman kerajaan negeri. Menurut sumber, walaupun Abu Bakar pernah dua kali ditolak untuk jawatan EXCO oleh Shukri meskipun Muhyiddin telah menghantar surat rasmi agar Shukri melantik beliau namun ia bukan faktor utama di sebalik peletakan jawatan tersebut.


Sumber menegaskan, isu sebenar lebih kompleks dan melibatkan penilaian terhadap prestasi Shukri sendiri. “Selain Abu Bakar, tiga ADUN dari PAS turut menandatangani surat ‘hilang kepercayaan’ terhadap Shukri. Ini bukan isu dendam peribadi tetapi berkaitan kegagalan beliau mentadbir negeri,” kata sumber tersebut.

Tambahan lagi, sumber mendedahkan terdapat amalan tidak terkawal yang membabitkan projek di Perlis. “Seolah-olah wujud ‘Little Napoleon’ yang bebas menjarah segala projek di negeri ini. Keadaan ini menimbulkan ketidakstabilan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin serta masyarakat,” jelas sumber itu.

Sumber juga berpendapat bahawa peletakan jawatan Shukri mencerminkan ketegangan dalam pentadbiran negeri, di mana isu tadbir urus dan pengurusan ‘projek negeri’ menjadi faktor yang lebih kritikal berbanding konflik peribadi dan yang mengawal pentadbiranlah yang sedang menjarah.

Serangan terhadap ‘kerabat’ Istana Perlis hanyalah untuk mengalih isu kepada isu sebenar, ‘Little Napoleon’.

Bersambung
 
Sebenarnya isu ini sudah lama tetapi Shukri tunjuk ego yang tinggi 
 



 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)