BERSATU kembali bergegar apabila pendedahan terbaharu dari Chegu Bard, mengapa serangan pemimpin mereka terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani tiba-tiba menjadi perlahan dan berhati-hati?
Menurut Chegu Bard, perubahan nada dan sikap pimpinan tertinggi PPBM, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yasin bukan kebetulan sebaliknya berpunca daripada faktor ketakutan apabila beberapa tokoh utama parti itu didakwa mempunyai kes atau isu yang sedang dipantau pihak berkuasa.
Chegu Bard secara terbuka mendakwa wujud keadaan di mana pemimpin tertentu berada dalam posisi tertekan, seolah-olah “dipegang anunya”, menjadikan mereka tidak lagi agresif terhadap Perdana Menteri dan pentadbiran Madani.
Situasi ini, menurut beliau, menjelaskan mengapa retorik keras yang sebelum ini menjadi senjata politik PPBM kini bertukar menjadi diam dan serangan pun hambar.
Pendedahan Chegu Bard ini turut mengimbau semula kenyataan Rafizi Ramli sebelum ini, ketika pertandingan merebut jawatan dalam PKR yang lepas.
Ketika itu, Rafizi pernah mendedahkan bahawa fenomena siasatan SPRM yang muncul secara tiba-tiba terhadap individu tertentu. Walaupun kenyataan tersebut mencetuskan kontroversi besar, ia kini kembali diperkatakan apabila corak yang sama dilihat berulang.
