Sebuah video lama melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri Rembia, Muhammad Jailani Khamis kembali tular dan kali ini mencetuskan perbincangan lebih luas mengenai kredibiliti serta integriti beliau sebagai wakil rakyat.
keluar dari UMNO masuk PKR dan sekarang lompat masuk PAS...
Apabila diteliti semula, video tersebut tidak lagi dilihat sekadar aksi lakonan tetapi menjadi simbol kepada persoalan lebih besar iaitu ketelusan, kejujuran dan tanggungjawab seorang pemimpin.
Walaupun kini berada di bawah parti baharu, satu perangai yang kekal tidak berubah ialah kecenderungan beliau untuk beraksi dan “berdrama” di hadapan kamera. Kritikan masyarakat bukan lagi tertumpu pada gaya tetapi pada kecenderungan menampilkan gambaran yang tidak selari dengan reality, satu bentuk penipuan halus yang merosakkan kepercayaan awam.
Lebih membimbangkan, rekod terkini beliau di Dewan Undangan Negeri menambahkan lagi persoalan mengenai komitmen sebenar beliau kepada tanggungjawab yang diamanahkan. Dalam sidang DUN Melaka yang baru berakhir, Jailani dilaporkan muncul sebagai wakil rakyat dengan kehadiran paling rendah, suatu pencapaian yang amat mengecewakan bagi seorang ADUN yang sepatutnya berada di barisan hadapan memperjuangkan isu rakyat.
Di dalam dewan, isu-isu remeh dan tidak relevan pula dibawa sehingga menimbulkan rasa jengkel dalam kalangan pemerhati serta rakan legislatif. Lebih parah, reputasi beliau sebagai ADUN yang mengabaikan aduan penduduk semakin sukar disangkal.
Sumber dalaman menyatakan hampir 500 aduan rakyat di DUN Rembia tidak dipedulikan, memaksa kerajaan negeri mengambil alih penyelesaian kerana kegagalan wakil rakyat sendiri menjalankan tugas asas.
Video lama yang kembali tular ini akhirnya menjadi lebih daripada sekadar klip kontroversi. Ia memantulkan persoalan asas tentang integriti seseorang pemimpin dan bagaimana tindakan, sikap serta tabiat mereka di luar kamera jauh lebih penting daripada apa yang cuba dipertontonkan.
Untuk rakyat Rembia, mesejnya jelas, wakil yang dipilih bukan sekadar perlu kelihatan “baik” di depan kamera tetapi mesti bekerja, hadir, bertanggungjawab dan menyelesaikan masalah rakyat dengan penuh dedikasi. Dalam hal itu, rekod yang terpamer kini amat mengecewakan.
“Tanda hitam kat dahi belum cukup untuk menjadikan orang itu ulama”