Tersebar di akaun TikTok milik ‘ah.sam.boi’
“Bekas Panglima Tentera dan dua isteri telah di Reman dan akan disiasat oleh SPRM.
Semalam pasangan suami isteri iaitu Amirul dan Farah merupakan kawan baik Shazwani bt Anuar iaitu isteri kedua Jeneral Tan Sri Hafizuddeian Jantan yang menyimpan 2.4 juta ringgit tunai di Safe House di Wangsa Maju.
Tak sempat selamatkan wang telah ditangkap atas kepintaran pihak risikan SPRM. itu hanyalah wang jajan sahaja.
Persoalannya sekarang dimana wang tunai yang dikatakan ratusan juta yang disimpan di beberapa safe house. Dalam masa seminggu Tan Sri Hafizuddeian di ICU, semua wang tersebut telah dipindahkan ke tempat selamat.
Siapa yang uruskan Safe House, siapa yang pindahkan wang tunai tersebut ke Safe House yang baru? siapa yang sorokkan jam tangan, jongkong emas, hand bag ratusan ribu ringgit masih belum terungkai. Chegu Bard ada sebut nama seorang pegawai kesayangan Jen Tan Sri Hafizuddeian, di manakah dia pada ketika ini? adakah beliau masih kebal dan tidak boleh diganggu gugat?”
Adakah benar pendedahan ini?
