Malam tadi di program ceramah politik yang dianjurkan oleh Mohamed Ali atau lebih popular dengan gelaran Ali Pasir mengumumkan akan membuak satu pejabat untuk sesiapa yang ingin membuat laporan berkaiy dengan rasuah. Ada yang menggeleng kepala, ada yang ketawa kecil dan ada yang bertakbir.
Tidak pasti kenapa reaksi spontan begitu keluar dari mulut warga yang hadir di program tersebut.
Namun ada yang sinis, ”Dia nak buka pejabat aduan berkenaan dengan rasuah untuk ambil alih tugas SPRM?”
“Bagaimana dia nak menyiasat isu rasuah sedangkan beliau pun ada 20 kes rasuah yang sedang berjalan di mahkamah sekarang, dia buka fail siasatan terhadap dirinya sendiri” kata pemuda yang hanya ingin dikenali sebagai Mansur.
Untuk rekod, Ali Pasir masih bergelut dengan kesnya di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh. Beliau didakwa atas 20 pertuduhan rasuah melibatkan penerimaan wang tunai kira-kira RM235,000 serta tiga buah kereta mewah sebagai suapan yang didakwa sebagai balasan bagi membantu melancarkan urusan projek.
“Nampak gaya SPRM di Melaka sudah boleh kurangkan kakitangannya” tegas beliau lagi.

