Bersatu Larut Bahagian Pertama Bubar, Lembah Pantai Kedua

Melaka Digest
By -
0

Bersatu Lembah Pantai

 

Bersatu Larut menjadi yang pertama membubarkan bahagian dan diikuti oleh bahagian Lembah Pantai yang sebulat suara bersetuju untuk membubarkan bahagian itu berkuat kuasa serta-merta.

Ketuanya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan olehnya bersama barisan pimpinan bahagian tersebut.

"Dalam mesyuarat tersebut, saya telah memberikan ruang sepenuhnya kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan.

"Majoriti kepimpinan bahagian telah menghadiri Program Reset anjuran Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ronald Kiandee sebagai solidariti dan Deklarasi bersama Hamzah Zainudin, yang memperlihatkan sokongan luar biasa daripada kepimpinan dan akar umbi parti di seluruh negara.

Berita lanjut menyusul.

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)