Muhyiddin, Azmin Ali Diminta Letak Jawatan – PPBM Raub

Melaka Digest
By -
0

Bersatu Bahagian Raub mencetuskan gegaran besar dalam landskap politik parti apabila meluluskan beberapa usul paling keras sejak penubuhannya termasuk desakan supaya Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Presiden Bersatu.


Keputusan bersejarah itu dicapai secara sebulat suara melalui dua Mesyuarat Khas Bahagian yang diadakan pada 1 November 2025 dan 31 Januari 2026. Daripada 25 ahli jawatankuasa bahagian, seramai 20 hadir dan bersetuju bahawa kepimpinan tertinggi Bersatu gagal memberi hala tuju yang diyakini akar umbi. Mesyuarat tersebut membincangkan secara mendalam isu dalaman parti, kegagalan strategi politik serta masa depan Bersatu yang dilihat semakin kabur.

Ketua Bahagian Bersatu Raub, Mohd Fakruniam Ibrahim mendedahkan bahawa mesyuarat berkenaan meluluskan beberapa ketetapan drastic iaitu Muhyiddin Yassin diwajibkan meletakkan jawatan sebagai Presiden Bersatu, Azmin Ali dipecat serta-merta, Faizal Azumu digesa meletakkan jawatan, manakala Tun Faisal turut diusulkan untuk dipecat serta-merta. Usul-usul ini mencerminkan kemuncak ketidakpercayaan terhadap barisan kepimpinan pusat yang dianggap menjadi punca kemelut berpanjangan.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)