Penyokong Muhyiddin Ada ‘Kaki Seks Luar Tabie’, Perogol, Pemabuk, Pembohong - Ketua Bahagian Bersatu Raub

Melaka Digest
By -
0
hiasan

Di dalam sumber berita, Ketua Bahagian Bersatu Raub, Mohd Fakruniam berkata ketetapan itu dibuat selepas pihaknya mendakwa beberapa ketua bahagian dan ahli Parlimen yang mengkritik kepimpinan parti telah dikenakan tindakan disiplin. Baca di SINI

“Sebagai satu contoh, apabila ketua bahagian menegur dan meletakkan hadis Nabi SAW berkaitan umat yang dilaknat Allah SWT dan tidak diterima mahupun di akui umat Nabi, Ketua bahagian itu telah dikeluarkan daripada Kumpulan Whatsapp rasmi Ketua bahagian.

“Kami menegur disebabkan kami sayangkan parti tetapi apabila di tegur ketua-ketua bahagian dan ahli parlimen di pecat.

“Natijah daripada peristiwa-peristiwa ini, kami hilang kepercayaan, hormat dan kesetiaan kepada presiden parti,” katanya.

Dia menegaskan ketetapan tersebut dibuat, menurutnya, demi menjaga akidah, akhlak dan keutuhan parti.

“Di sini saya ingin menegur YB Tan Sri Mahiaddin Yassin, lihatlah sekeliling carilah mudarat kecil daripada mudarat besar.

“Cubalah perhatikan yang menyokong dan mengidolakan kamu adalah mereka yang terlibat dengan isu seks luar tabie, penglibatan dalam kes rogol/mabuk, berbohong dan manipulasi,” tambahnya.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)