Perlantikan Samsuri Sebagai Pengerusi PN Bukan Untuk Jadi PM – Tuan Ibrahim Tuan Man

Melaka Digest
By -
0

“Pelantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu bukan bermatlamat untuk dijadikan sebagai ‘poster boy’ sekali gus calon Perdana Menteri. Sebaliknya, pelantikan Naib Presiden Pas tersebut adalah lebih untuk memperkasa gabungan itu dengan membina semula kekuatan dari akar umbi di seluruh negara…”. 
 
Inilah kenyataan terkini dari Timbalan Presiden PAS dan menimbulkan kekecohan sesame ‘walaun siber’ yang begitu teruja dengan perlantikan Samsuri yang dianggap sebagai calon PM-11 bagi Perikatan Nasional khususnya PAS.

“Jika maksud Tuan Ibrahim bahawa perlantikan Samsuri sekadar untuk ‘diterima’ oleh semua komponen di dalam Perikatan Nasional maka kenapa perlu menunggu hampir dua bulan untuk mengumumkan calon dari PAS bagi menggantikan Muhyiddin” kata penyokong tegar PAS dari Terengganu.

“Kenyataan dari Tuan Ibrahim seolah Samsuri tidak layak menjadi PM?” tambahnya lagi.

Menurut pakar politik dari Pantai Timur, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS ini boleh memberi gambaran yang salah kepada kepimpinan PN yang memilih Samsuri dan boleh ditafsirkan bahawa tiada calon dari PAS yang mampu satukan PN. Malah lebih dari itu, ianya juga boleh menggambarkan bahawa PN masih terkial-kial mencari calon PM ke-11 pada PRU16.
 
Ada juga suara nakal mengatakan bahawa Tuan Ibrahim seolah tidak berpuas hati dengan perlantikan Samsuri? 
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)