Presiden Parti Berjasa Tidak Tahu Hamzah Hendak Ambil Alih

Melaka Digest
By -
0

Ketika program ‘Reset Politik’ anjuran Hamzah dan kumpulan yang dipecat dari Bersatu, diberitakan Hamzah Zainuddin ada menyatakan bahawa antara pilihan yang beliau ada adalah mengambil alih parti Berjasa, menyertai PAS atau kembali semula kepada UMNO.


Laporan di portal Berita Harian; Bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, tidak menolak tiga kemungkinan hala tuju beliau selepas dipecat keahlian parti itu, semalam.

Tiga kemungkinan dipertimbangkannya itu ialah mengambil alih parti BERJASA, kembali menganggotai UMNO ataupun menyertai PAS. Baca sepenuhnya di SINI.


Namun Presiden Berjasa menafikannya dan menurut Ketua Penerangannya, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, parti itu kekal utuh di bawah kepimpinan Majlis Kepimpinan Tertinggi yang dipilih dan dilantik secara sah menurut Perlembagaan parti.


Menurut beliau, tiada sebarang perbincangan rasmi atau pertemuan khusus berhubung dakwaan berkenaan setakat ini.

"Namun demikian, Berjasa sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi memperkukuh agenda kesatuan dan penyatuan Melayu," katanya.
 
Kenapa Hamzah petik nama parti Berjasa? 
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)