Akan Pertahankan Bersatu Walaupun Tinggal Saya seorang - Muhyiddin

Melaka Digest
By -
0

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar akan terus mempertahankan parti Bersatu yang dipimpinnya meskipun pada ketika itu hanya tinggal beliau seorang sahaja sebagai ahli.

Justeru beliau menegaskan tujuan tindakan dikenakan terhadap pimpinan Bersatu yang menyimpang adalah untuk menyelamatkan parti.

“Bagi saya yang penting parti. Bukan diri saya. Sebab itu bila diambil tindakan kerana kita tahu kalau tidak ada suatu tindakan sebegitu drastik diambil parti akan hancur lebur.

“Kalau parti hancur, saya dah tak penting. Semua yang jadi ahli kita pun tak penting, kan? Lepas itu, kalah pilihan raya, saya tak guna lagi.

“Jadi, it is not about a person. It’s about the party first dan saya adalah sebahagian daripada parti.

“Sebab saya pegang jawatan terpenting sebagai presiden parti. (Contohnya) awak jadi presiden parti lepas itu, ahli buat sesuka hati. Sana, sini, mengatur sana, pergi sana, mencaci. Awak duduk dan kata tak apalah dia cakap begitu. Begitu?

“Kemudian awak bacul, awak tak bertanggungjawab. Oh, awak takut. Pasal dia ini jawatan tinggi. Saya tak peduli. Sebab itu ada peraturan.

“Jadi, bila berlaku itu bukan pasal, oh, dia mencaci saya. Satu hal juga. Itu saya boleh ambil tindakan undang-undang di luar, heret mereka ke mahkamah, laporkan kepada polis. (Tapi) saya tak buat begitu kerana saya fikir ini soal politik biar kita uruskan cara politik. Tapi malangnya mereka ini tak sedar.

“Dia fikir cara politik, okeylah aku boleh buat apa yang suka pergi menjaja seluruh dunia. Cakap, mengata macam-macam. Kan ada kan? Laporan banyak. Audio dan video dan macam-macam ada bukti dengan bahan-bahan kita ada. Jadi kita ambil tindakan berasaskan itu kerana nak menyelamatkan parti.

“Dan saya boleh bayangkan dengan dekat 50 tahun saya dalam politik, kalau saya biarkan perkara itu berlaku, tak lamalah. Lepas hari besok, awak tanya mana lagi Bersatu? Bersatu dah mati dah. Nak saya biarkan? katanya ketika ditemui media pada Isnin.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh merangkap bekas Perdana Menteri itu, Muhyiddin berkata beliau tidak sanggup membiarkan Bersatu terkubur begitu sahaja.

“Sebagai pengasas, saya tak rela. Saya bercakap dalam mesyuarat majlis tinggi, walaupun saya, seorang saja yang tinggal, saya akan pertahankan Bersatu. Itu pendirian saya,” tegas beliau.
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)