Perdebatan mengenai isu kuil haram kebelakangan ini memperlihatkan satu kekeliruan yang agak membimbangkan dalam kalangan sebahagian masyarakat khususnya berkaitan struktur kuasa antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Masih ada yang beranggapan bahawa PBT berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat dan boleh menerima arahan secara langsung daripada Perdana Menteri. Hakikatnya, tanggapan ini tidak tepat.
Dalam sistem pentadbiran negara, PBT berada di bawah kerajaan negeri. Ini bermakna pentadbiran, dasar serta keputusan utama berkaitan PBT ditentukan oleh kerajaan negeri melalui kepimpinan Menteri Besar atau Ketua Menteri, bukannya kerajaan persekutuan.
Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan PBT secara langsung, sama seperti Menteri Besar tidak mempunyai kuasa melangkaui bidang kuasa Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran persekutuan. Setiap peringkat kerajaan mempunyai sempadan kuasa yang jelas.
Sebagai contoh, dalam isu melibatkan struktur atau rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan, PBT memang mempunyai kuasa penguatkuasaan termasuk merobohkan struktur tersebut jika melanggar undang-undang tempatan.
Namun pelaksanaan tindakan sedemikian lazimnya memerlukan persetujuan atau kelulusan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.
Dalam konteks negeri Kedah misalnya, jika terdapat kuil yang dibina secara tidak sah di atas tanah yang tidak mendapat kelulusan, PBT mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk mengambil tindakan.
Namun operasi merobohkan struktur tersebut hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat lampu hijau daripada Menteri Besar negeri berkenaan.
Selagi kelulusan itu tidak diberikan, PBT tidak boleh bertindak secara bebas walaupun kuasa penguatkuasaan berada dalam bidang tanggungjawab mereka.
Sebaliknya, apabila kerajaan negeri memberi kelulusan, barulah PBT boleh melaksanakan operasi penguatkuasaan. Dalam situasi tertentu, PBT juga boleh mendapatkan kerjasama agensi kerajaan persekutuan seperti Royal Malaysia Police (PDRM) untuk membantu mengawal keselamatan dan ketenteraman awam ketika operasi dijalankan.
Inilah realiti sebenar struktur pentadbiran negara, satu sistem yang memisahkan kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan setiap peringkat kerajaan berfungsi dalam kerangka yang jelas.
Oleh itu, sebarang polemik yang cuba meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan pusat tanpa memahami struktur kuasa sebenar hanya akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Perbahasan yang matang seharusnya berasaskan fakta dan kefahaman terhadap sistem pentadbiran negara, bukannya sekadar persepsi politik semata-mata.
Apabila struktur kuasa difahami dengan jelas, barulah masyarakat dapat menilai sesuatu isu secara lebih adil dan rasional.
Jadi, Sanusi perlu jelaskan mengenai pendedahan kuil-kuil tidak sah di negeri Kedah.
Yang respon hanyalah pegawai khas MB Kedah, itu pun respon dengan buat repot polis terhadap individu yang membuat pendedahan?
Menurut sumber, Sanusi berbohong mengenai satu kuil tidak sah kononnya dapat dokumen kebenaran sementara daripada JKR.
Jika benar apa yang diperakui oleh Sanusi, maka MB Kedah tersebut sudah ada rekod beri tanah percuma kepada kuil tidak sah. Dalam video Sanusi sebut 8, dalam laporan tahun lepas sebut 5. Bermakna jumlah yang rakyat tahu daripada apa yang diumumkan hanyalah 13 tanah sahaja.
Bagaimana dengan kuil yang tidak diumumkan?
Untuk makluman, sehingga kini kerajaan negeri Kedah tidak pernah mendedahkan satu statistik rasmi terkini mengenai jumlah sebenar kuil-kuil Hindu yang berada di Kedah.
Apa yang rakyat tahu daripada media, pada tahun 2020 sudah ada 593 kuil Hindu di Kedah, hanya 25 kuil sahaja kuil yang sah, selebihnya 498 kuil adalah kuil tidak sah. Apakah jumlah itu tidak bertambah dalam tempoh 6 tahun ini?
Rakyat Kedah kini mendesak kerajaan negeri pimpinan Sanusi agar segera mendedahkan jumlah sebenar kuil-kuil yang ada di dalam negeri Kedah, berapa yang sah, berapa yang tidak sah. Berapa banyak tanah percuma diberikan sepanjang PAS jadi kerajaan sejak 2020.
Jadi dalam konteks ni, jangan sampai rakyat Kedah kata MB Kedah sebenarnya adalah pembela kuil tidak sah?

