Kenapa Tidak Pecat Saja Saya - Ronald

Melaka Digest
By -
0


Mengapa sekadar digantung? Jika benar bersalah, pecat sahaja.

Saya telah menganjurkan program RESET dan juga hadir bersama Dato’ Seri Hamzah Zainudin dalam perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri di Bangkok. 

Jika benar itu adalah satu kesalahan besar, mengapa tidak dipecat?

Keputusan ini menguatkan lagi persepsi bahawa Lembaga Disiplin parti kini digunakan sebagai alat politik untuk melindungi presiden dan kelompok kecil di sekelilingnya. Apatah lagi lembaga ini dipengerusikan oleh individu yang mempunyai hubungan keluarga dengan kepimpinan tertinggi parti.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, hala tuju parti semakin jelas tersasar apabila segala tindakan seolah-olah tertumpu kepada satu matlamat: mengangkat Tan Sri Muhyiddin sebagai poster boy dan calon Perdana Menteri ke-11.

Sesiapa yang dilihat berpotensi menjadi penghalang kepada agenda ini akan disingkirkan. Lembaga Disiplin dijadikan alat paling ampuh untuk melaksanakan tindakan tersebut. Inilah juga yang berlaku terhadap beberapa pemimpin parti sebelum ini, termasuk Datuk Seri Hamzah.

Akhirnya yang tinggal hanyalah mereka yang sentiasa berkata “ya” kepada presiden.”

Wujud puak ya-presiden ini kerana sebahagian mereka dilantik oleh presiden — maka mereka perlu setia.

Sebahagian lagi kalah dalam pemilihan tetapi dimenangkan oleh presiden — mereka juga perlu setia.

Dan sebahagian lagi dijanjikan watikah calon maka kesetiaan menjadi wajib.

Saya menyertai parti ini dahulu kerana percaya ia adalah wadah perjuangan, bukan alat untuk memenuhi cita-cita politik individu.

Namun apa yang kita lihat hari ini amat jauh daripada semangat tersebut. 

Saya tidak akan merayu. Anggap saja tempoh rayuan ini telah tamat. Period.

Ronald Kiandee


Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)