Krisis Muhyiddin-Hamzah: Samsuri Jadi 'Pasu Bunga'

Melaka Digest
By -
0

Tindakan berdiam diri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kemelut kepimpinan melibatkan Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainudin mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati politik dan netizen.


Kemelut yang sebelum ini tercetus susulan ketegangan dalaman blok pembangkang terus menjadi bahan perbincangan hangat, khususnya apabila tiada kenyataan terbuka dikeluarkan oleh Dr Samsuri yang dilihat mempunyai pengaruh signifikan dalam landskap politik semasa.

Di media sosial, segelintir netizen melontarkan kritikan tajam terhadap sikap berdiam diri tersebut. Antara komen tular berbunyi: “Orang nak jadi Pengerusi dia pun nak jadi, dah dapat jawatan dia jadi pasu bunga.” Kenyataan itu merujuk kepada persepsi bahawa terdapat pemimpin yang dilihat agresif ketika proses pemilihan Pengerusi PN yang baharu, namun kurang menonjol apabila berdepan krisis dalaman.

Penganalisis politik berpendapat, pendekatan ‘low profile’ mungkin merupakan strategi 'bacul' dan kurang pengalaman bagi mengelakkan ketegangan menjadi lebih parah. Namun dalam politik, persepsi sering kali lebih dominan berbanding realiti.

“Dalam situasi krisis kepimpinan, rakyat dan penyokong mahu melihat kejelasan pendirian. Diam boleh ditafsir sebagai berkecuali, tetapi juga boleh dianggap sebagai tidak berani membuat keputusan,” kata seorang pemerhati politik ketika dihubungi.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Dr Samsuri bagi menjelaskan pendiriannya berhubung polemik yang membabitkan Muhyiddin dan Hamzah. Sementara itu, kemelut berkenaan terus menjadi perhatian akar umbi serta pemerhati yang melihat kestabilan kepimpinan sebagai faktor penting menjelang percaturan politik akan datang.

Perkembangan lanjut dijangka bergantung kepada sama ada kepimpinan tertinggi akan tampil menjernihkan keadaan atau membiarkan dinamika dalaman tersebut diselesaikan secara tertutup.
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)