Jika tidak dibendung dengan tegas dan serius maka yakinlah satu hari nanti Malaysia bakal rosak Islamnya.
Pihak yang berkuasa tidak memberi respon apabila pemimpin politik yang berserban dan berjubah memberi penafsiran salah terhadap sesuatu hadis dan firman. Kumpulan ala khawarij ini akan memanipulasikan tafsiran hanya untuk terus kekal relevan sebagai sebuah parti politik.
Samada pihak berkuasa merasakan diri mereka kerdil kononnya kumpulan ulamak politik lebih berilmu dari mereka atau mereka juga adalah penyokong tegar kumpulan tersebut.
Setiap hadis dan firman jika diberi tafsiran yang karut akan tersebar dengan cepat di seluruh pelusuk kawasan termasuk di hujung kampung. Jika tidak diperbetulkan segera maka tularan hadis dan firman sesat tersebut terlalu jauh telah tersebar.
Jika hanya diperbetulkan semula oleh si pembawa berita palsu sekali pun, telinga manusia terakhir di hujung kampung belum tentu mengetahui bahawa apa yang mereka dengar sebelum ini sebenarnya hadis atau firman yang sesat.
Tidak mampu dibayangkan bagaimana nasib si pereka hadis dan firman palsu di padang Masyar kelak.
