Wallahi, Wabillahi, Watallahi: Radzi Jidin Bersumpah Tidak Pernah Menyebut Dirinya Sebagai Calon Ketua Pembangkang

Melaka Digest
By -
0

Fitnah di Bulan Ramadan Ketika sedang membuat persediaan perbahasan Rang Undang-undang petang ini, saya dimaklumkan terdapat satu fitnah yang sedang tersebar. 
 
Ini merujuk kepada tuduhan bahawa ketika bertemu YB Tan Sri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS di Rusila pada 18 Februari 2026, saya telah menawarkan diri sebagai calon Ketua Pembangkang mewakili BERSATU. 
 
Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak pernah menyebut nama saya sebagai calon Ketua Pembangkang mewakili BERSATU dalam pertemuan tersebut. 
 
Fakta atau kebenaran ini boleh disemak dengan sahabat-sahabat yang turut hadir dalam pertemuan itu, iaitu YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, YB Syahir Sulaiman, dan YB Datuk Razali Idris. Bahkan boleh disahkan juga dengan YB Tan Sri Tuan Guru Haji Hadi Awang sendiri. 
 
Di bulan Ramadan yang mulia ini, saya doakan agar mereka yang menyebarkan fitnah ini insaf. 
 
Mohon sahabat-sahabat kongsikan penjelasan ini.
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)