Hamzah Bukan Ahli Parti Komponen PN - Takiyuddin

Melaka Digest
By -
0


Perikatan Nasional (PN) masih belum menerima sebarang permohonan daripada Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menyertai gabungan itu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata sejak meninggalkan BERSATU, Hamzah tidak menjadi ahli mana-mana parti dalam gabungan itu.

"Setakat yang kami tahu, beliau tidak berada dalam mana-mana parti.

"Sehingga hari ini, tiada petunjuk bahawa beliau telah menyertai mana-mana parti dalam PN.

"Sesiapa yang mahu berada dalam PN mestilah berada dalam salah satu daripada empat parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika ini PN hanya dianggotai empat parti komponen iaitu BERSATU, PAS, Gerakan dan Malaysian Indian People's Party (MIPP).

"Baru-baru ini, kami menerima penyertaan MIC, namun kemudian dimaklumkan parti itu tidak jadi menyertai PN.

"Jadi, gabungan ini kekal dengan empat parti sahaja," katanya.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS menambah, setakat ini tiada sebarang permohonan daripada Hamzah untuk menyertai parti itu.

"Kami tidak mahu membuat spekulasi parti mana yang ingin beliau sertai. Ketika ini, tiada parti baharu yang menyertai PN," katanya.

Hamzah yang juga bekas timbalan presiden BERSATU, hari ini membayangkan partinya masih dalam gabungan PN.

Beliau berkata, status 'rumah baharu' yang bakal diumumkan membayangkan wadah politik mungkin sebuah parti sedia ada yang kini berada dalam gabungan PN.

 

sumber 

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)