Pengumuman Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan dalam satu sidang media bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu, Ahmad Samsuri Mokhtar, berhubung cadangan untuk mengisi jawatan Ketua Pembangkang dengan calon daripada PAS, secara automatik telah 'membogelkan' Hamzah Zainuddin dari jawatan tersebut.
Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai penyingkiran Hamzah Zainudin daripada jawatan ketua pembangkang, kenyataan itu dilihat memberi implikasi besar terhadap kedudukan beliau.
Pemerhati politik berpandangan, langkah tersebut secara tidak langsung telah melemahkan peranan Hamzah, yang kini dilihat sekadar memegang jawatan secara nominal tanpa kuasa sebenar, susulan kenyataan terbuka oleh kepimpinan tertinggi PN.
“Meskipun tidak ‘menyahkan' beliau secara rasmi daripada jawatan, kenyataan itu seolah-olah telah menghakis autoriti Hamzah sebagai Ketua Pembangkang,” kata seorang pemerhati politik.
Sementara itu, walaupun Ahli Parlimen Bersatu, Datuk Seri Mohd Ikhmal, dalam satu kenyataan media menegaskan bahawa Hamzah masih mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen pembangkang untuk terus kekal memegang jawatan berkenaan.
Namun, pandangan tersebut disanggah oleh beberapa pakar yang berpendapat kuasa autonomi dalam menentukan kepimpinan blok pembangkang kini lebih tertumpu kepada Pengerusi PN, Dr. Samsuri dan Setiausaha Agungnya.
"Apabila seorang pengerusi gabungan terbesar pembangkang menyatakan secara terbuka, kedudukan ketua pembangkang akan digantikan segera oleh calon lain, ia seolah telah menendang Hamzah keluar dari pejabat,“kata pemerhati
Memandangkan struktur PN, keputusan strategik seperti pelantikan Ketua Pembangkang banyak dipengaruhi oleh kepimpinan tertinggi, khususnya Pengerusi dan Setiausaha Agung,” jelas seorang penganalisis.
Dalam masa sama, terdapat juga pandangan yang menyifatkan situasi ini berpunca daripada kelemahan pengurusan dalaman, termasuk kemungkinan terlepas pandang terhadap implikasi kenyataan yang dibuat di peringkat tertinggi.
"Saya yakin kerana kurang berpengalaman Dr. Samsuri dan Takiyuddin terlepas pandangan implikasi sebesar ini, mereka berdua berada dalam tekanan tinggi kerana cetek pengalaman," ujar pemerhati tersebut
Perkembangan ini dijangka terus menjadi perhatian, memandangkan isu kepimpinan Ketua Pembangkang mempunyai implikasi besar terhadap kestabilan dan keberkesanan blok pembangkang dalam memainkan peranan semak dan imbang di Parlimen.
sumber
