Jika 'Parti Hamzah' ‘Anugerah Tuhan’, Kenapa Perlu Lobi Nak Masuk PN?

Melaka Digest
By -
0

Dalam politik, kekuatan sebenar diukur bukan pada siapa yang memuji dari luar tetapi sejauh mana sokongan yang masih kekal di dalam. Namun episod terbaharu membabitkan Hamzah Zainudin memalukan kem beliau sendiri. Apakah seorang tokoh politik kini terpaksa bergantung kepada pihak lain untuk melobi masa depannya sendiri?


Menurut Penyelaras RESET Wilayah Persekutuan, Muhamad Muqharabbin, PAS wajar untuk mempertimbang menerima Hamzah Zainudin sebagai sebahagian kekuatan dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Cadangan itu berasaskan beberapa pertimbangan strategik demi memperkukuhkan blok pembangkang.

Namun Cadangan tersebut memperlihatkan Hamzah kini perlu ‘diangkat’ oleh pihak luar untuk kembali relevan.

Retorik yang dibawa kononnya Hamzah mampu menjadi jambatan perpaduan, tokoh penyatuan ummah dan pemimpin berpengaruh kedengaran indah di telinga pengikut Hamzah sahaja. Namun hakikatnya, jika benar pengaruh itu masih kukuh, mengapa perlu pihak lain tampil melobi bagi pihaknya?

Lebih memalukan, naratif bahawa beliau diperlukan untuk menghadapi PRU16 seolah-olah menggambarkan tiadanya pelapis lain dalam blok pembangkang terutama PAS.

Malah Rahim Tamby Chik di dalam status akaun facebook miliknya mengatakan; “Kelahiran sebuah parti yg akan diperkasakan olih Ds Hamzah dlm konteks persada politik negara masakini adalah satu " Anugerah Allah" kpd Malaysia dan masadepannya !!”.

Kenyataan Rahim menunjukkan kecelaruan yang begitu rumit di dalam Perikatan Nasional. Ianya terserlah bahawa kedudukan Hamzah bergantung kepada PAS dan bukannya kepada konsensus atau kekuatan gabungan parti yang ada di dalam Perikatan Nasional. Adakah kerana Samsuri sebagai Pengerusi PN maka pandangan dari parti gabungan lain tidak penting?

Dan kedudukan Hamzah samada secara berkumpulan atau individu masih belum jelas di mata Perikatan Nasional. Paling memeritkan, Muhyiddin kekal dengan pendirian bahawa Bersatu menolak kehadiran Hamzah di dalam gabungan tersebut.
 

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)