“Melayu Berselawat” dan “Himpunan Alam Melayu” adalah talian hayat terakhir PAS untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-16.
Tiada lagi perjuangan ‘Negara Islam’, ‘Hukum Hudud’, ‘Negara Berkebajikan’, ‘Kepimpinan Ulama’. Semuanya terhenti, “full stop” kerana jika diteruskan maka kerusi yang diperolehi pada PRU-15 melalui siri pembohongan mereka bakal hanyut. Tambahan pula kemenangan yang besar tersebut bukan kerana berjaya tonjolkan kelebihan parti berbanding UMNO BN tetapi strategi fitnah dan “wallahi aku undi PAS (beserta sampul)” yang berjaya.
Fasa menunggang Melayu adalah hidup mati PAS bersama dengan Bersatu.
Menonjolkan perjuangan mereka kononnya menjaga kepentingan Melayu dengan ‘membawa Melayu ke syurga’ jelas apabila program selawat kepada Nabi saw terpaksa menggunakan tema “Melayu Berselawat”.
Dulu mereka inilah meludah UMNO kononnya berjuangan atas nama bangsa.
Mereka hina dan sanggup mencipta dalil palsu untuk takutkan orang Melayu kononnya masuk neraka bagi mereka yang berjuang berpaksikan assobiyah.
Nabi tidak mengaku ummat kepada perjuangan nasionalisma dan banyak lagi buruknya perjuangan berasaskan bangsa.
Lebih 60 tahun orang Melayu ditakutkan dengan “perjuangan martabatkan Melayu” oleh UMNO.
Selama 60 tahun pemimpin PAS tidak bertanjak dan berbusana Melayu malah tiada “langkah silat Melayu” dalam mana-mana program PAS, apalagi untuk selitkan keris keramat orang Melayu di pinggang.
Kini tinggal satu langkah sahaja lagi, laungan “Hidup Melayu” dalam muktamar PAS. Pemimpin PAS nampaknya sedang menyediakan ahli dan penyokongnya untuk laungan ini dengan “Melayu Berselawat”.
Malah golongan profesional dalam PAS sudah cukup bersedia untuk menunggang golongan lebai dalam saf kepimpinan parti apabila individu yang memiliki kehebatan ilmu dunia berjaya digeruni lebih dari lebai yang agak kabur akademiknya selama ini. Telah terdedah bagaimana wujudnya lulusan bahasa Arab yanf cuba menonjolkan diri sebagai ulama tafsir. Lekehnya mereka di mata kumpulan tidak berkopiah.

