Perikatan Nasional (PN) mengumumkan akan mengadakan satu konvensyen khas sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka berlangsung lebih awal. Secara zahirnya, langkah itu dilihat sebagai usaha menyusun jentera dan memperkukuh gerak kerja pilihan raya.
Namun persoalan lebih besar yang sedang bermain di fikiran rakyat ialah apakah konvensyen itu benar-benar untuk membela rakyat Melaka atau sekadar medan menyusun semula percaturan kuasa dalaman PN sendiri?
Melaka ketika ini memerlukan pelan jelas berkaitan ekonomi negeri, peluang pekerjaan, pelaburan baharu, kesesakan bandar, kos sara hidup dan pembangunan generasi muda.
Namun apabila PN bercakap soal konvensyen, milestone dan persediaan jentera, rakyat berhak bertanya, apa tawaran sebenar PN kepada rakyat Melaka? Apa model ekonomi yang mahu dibawa sedangkan kesemua negeri di bawah kerajaan PAS berada di kedudukan tercorot dan jauh di belakang kerajaan negeri Melaka yang di pimpin oleh Dato Seri Ab Rauf Yusoh pada hari ini?
Jika jawapannya hanya mesyuarat demi mesyuarat, maka konvensyen itu lebih nampak sebagai acara politik untuk kuasa, bukan agenda untuk rakyat.
PN perlu menyelesaikan masalah dalam gabungan sendiri kerana pada tahap ini masih menunjukkan ianya benar-benar belum selesai.
Lebih menarik, sehingga kini isu Ketua Pembangkang di Parlimen juga gagal disepakati. Jika di peringkat pusat pun masih bergelut dengan struktur dan persefahaman, bagaimana rakyat mahu diyakinkan bahawa mereka bersedia mentadbir sebuah negeri?
Sebuah gabungan yang mahu menjadi alternatif perlu terlebih dahulu menunjukkan kestabilan dalam rumah sendiri.
Satu lagi persoalan politik yang tidak boleh dielakkan ialah kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin serta kelompok pengaruhnya dalam PN.
Rakyat Melaka tidak akan terpesona dengan jumlah bendera, dewan penuh atau slogan baharu. Rakyat akan menilai satu perkara mudah, apa PN boleh beri kepada Melaka dan rakyatnya atau sekadar jadikan Melaka seperti negeri yang mereka perintah?
Untuk rekod,
Lebih 200 pencapaian berjaya dilakar di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam tempoh tiga tahun.termasuk:
- Pelaburan Tinggi: Menarik pelaburan berjumlah RM14.8 bilion, merupakan tahap tertinggi dalam tempoh 20 tahun.
- Sifar Miskin Tegar: Berjaya mengekalkan status sebagai negeri tanpa miskin tegar, mensejahterakan rakyat.
- Perpaduan Nasional: Mendapat pengiktirafan tinggi berdasarkan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 3.0.
- Pendidikan & TVET: Melahirkan usahawan jutawan melalui TVET Melaka.
- Peluang Kerja: Mewujudkan peluang pekerjaan baharu, termasuk dalam sektor maritim.
- Pembangunan Usahawan: Penghargaan kepada pemimpin negeri atas usaha membangunkan komuniti usahawan, termasuk melalui DMDI.
.jpeg)