Netizen tidak memberi peluang langsung kepada pihak yang cuba menegakkan bahawa ‘Madani Mart’ adalah idea dan usaha ‘fresh’ dari kerajaan Madani yang diwakili oleh Timbalan Menteri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Senator Fuziah Salleh, Ahmad Farhan Fauzi, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri dan Muhammad Kamil Abdul Munim, Setiausaha Politik Menteri Kewangan ( Anwar Ibrahim sebagai Menterinya).
Ketiga mereka ini adalah pemimpin PKR dan ‘Madani Mart’ diletakkan di bawah Yayasan Madani.
Menariknya, Pengerusi Pengasas Yayasan Madani berkeras mengatakan bahawa penubuhan Madani Mart sama sekali tidak meniru Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan memberikan sebab bahawa “tiada satu sen pun wang kerajaan pusat” digunakan untuk menubuhkan Madani Mart ini.
Rakyat mempersoalkan, jika wang kerajaan tidak digunakan seperti cara perlaksanaan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) maka wang Yayasan Madani itu diperolehi dari mana dan kenapa yang “orang kuat PKR” sahaja berada di kepimpinan tertinggi Yayasan tersebut?
Malah rakyat turut berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia oleh Kerajaan BN dahulu secara tidak langsung membuktikan bahawa konsep intervensi harga melalui ‘kedai rakyat’ bukanlah sesuatu yang gagal, malah cukup relevan untuk diteruskan. Apa yang berbeza hari ini hanyalah penerimaan politik terhadap idea tersebut.
Jika dahulu model seperti KR1M dipersoalkan dan dipolitikkan, hari ini pendekatan yang hampir sama diangkat sebagai solusi kepada tekanan kos sara hidup.
Realitinya, keperluan membantu rakyat melalui mekanisme harga terkawal tidak pernah berubah. Apa yang berubah hanyalah naratif yang mengiringinya. Apabila sesuatu idea diterima semula dalam bentuk baharu, ia sebenarnya mengiktiraf bahawa asasnya tidak pernah salah.
Fuziah perlu menerima hakikat bahawa isunya bukanlah “Madani Mart” berkesan atau tidak tetapi mengapa pendekatan yang sama pernah dipandang sinis sebelum ini dijadikan alat untuk membantu rakyat?
Tidak perlu menjawab dengan alasan yang tidak masuk akal kerana isu pokoknya adalah langkah penyelesaian terhadap kos sara hidup rakyat perlu diteruskan dan bukan dipolitikkan melalui penukaran jenama dan paling ditakuti hari ini, bagaimana tiga orang yang tidak mempunyai latar belakang peruncitan dilantik untuk menguruskan jalur bantuan meringankan kos sara hidup rakyat ini.

.jpeg)