Pengarah Pilihanraya: Kenapa Bersatu Melaka Tidak Merasa Malu Lantik ‘Kluster Mahkamah’

Melaka Digest
By -
0

Apabila melihat kelibat Muhyiddin di mahkamah hari ini, barulah penyokong Bersatu Melaka faham kenapa Ali Pasir di lantik sebagai Timbalan Badan Ketua Pimpinan Negeri merangkap Pengarah Pilihanraya Negeri Melaka.


Muhyiddin di dakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi sambung perbicaraan atas empat tuduhan salah guna kedudukan membabitkan suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga kes pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta.

Manakala Ali Pasir didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas 20 pertuduhan rasuah melibatkan dakwaan menerima wang tunai berjumlah kira-kira RM235,000 serta tiga buah kereta mewah sebagai suapan. Semua suapan itu didakwa sebagai balasan bagi membantu urusan berkaitan projek tambakan laut dan kerja subkontrak tertentu.

Jadi, persamaanya adalah keduanya dari “Kluster Mahkamah” dan apabila terkena batang hidung sendiri maka mereka akan gunakan terma, “selagi tidak di dapati bersalah oleh mahkamah” tetapi lain pula nadanya bila ada pemimpin UMNO yang turun naik mahkamah.

Hipokrasi tahap apakah ini?
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)