![]() |
| Ceramah terkini PAS di Melaka, tiada kelibat wakil BERSATU |
Menurut sumber dari bilik gerakan Melaka, hanya terdapat dua nama yang akan ditonjolkan sebagai ‘Poster Boy’ Perikatan Nasional bagi Pilihanraya Nageri Melaka akan datang.
Calon dari Bersatu adalah Ali Pasir dan calon dari PAS adalah Hj Bakri Jamaluddin, ahli parlimen Tangga Batu yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka.
Tambah sumber, pemilihan Ali Pasir berdasarkan keupayaan kewangan beliau dan juga jawatan terkini beliau adalah Timbalan Badan Ketua Pimpinan Negeri merangkap Pengarah Pilihanraya Negeri Melaka. Manakala Hj Bakri kononnya dikatakan berada di posisi golongan teknokrat bersandarkan pengalamannya sebagai pengurus ladang kelapa sawit. Kelemahan Ali adalah beliau kini berada di dalam "kluster mahkamah". BACA di SINI.
PAS Melaka terpaksa mengenepikan slogan yang mereka canang berpuluh tahun, “Kepimpinan Ulama” demi meraih undi dari rakyat Melaka kata sumber. Menurt sumber lagi, tiada jaminan sokongan sekiranya PAS terus kekal dengan naratif “Negara Islam”, “Negara Berkebajikan”, Ulama Memimpin” dan seumpamanya.
Apa yang menarik di Melaka sekarang, PAS dan Bersatu seperti berlumba sesama mereka untuk menarik perhatian rakyat Melaka dengan mula mengadakan program berasingan.
