Krisis MB Perlis: BERSATU Dakwa PAS Ingkar Titah Raja?

Melaka Digest
By -
0

Kemelut politik membabitkan jawatan Menteri Besar Perlis kembali menjadi perhatian apabila Parti Bersatu tampil mendedahkan kronologi sebenar di sebalik krisis yang sebelum ini sering dipalitkan sebagai “pengkhianatan” BERSATU terhadap Parti PAS kata pengamal media Aman Muhammad melalui facebook milik beliau.


Merut Aman Muhammad, BERSATU menegaskan bahawa isu pertukaran Menteri Besar Perlis bukan berpunca daripada percaturan politik parti itu, sebaliknya bermula daripada hasrat dan titah DYMM Raja Perlis sendiri.

Pendedahan tersebut sekali gus membuka semula persoalan besar mengenai siapa sebenarnya yang gagal menghormati institusi Raja-Raja Melayu dalam krisis politik berkenaan.

Menurut penjelasanya, DYMM Tuanku Raja Perlis sebelum ini telah menitahkan supaya Presiden BERSATU dan Presiden PAS menghadap baginda pada 25 Oktober 2025 bagi membincangkan kemelut pentadbiran negeri.

BERSATU mendakwa Presidennya telah bersedia untuk hadir menghadap, namun pertemuan itu akhirnya tidak menjadi kenyataan selepas Presiden PAS dikatakan tidak dapat hadir atas alasan tertentu.

Situasi tersebut menimbulkan persepsi bahawa PAS sebenarnya enggan memenuhi titah menghadap baginda walaupun isu berkenaan melibatkan kestabilan pentadbiran negeri dan kedudukan institusi diraja.

Susulan kegagalan pertemuan itu berlangsung, DYMM Tuanku Raja Perlis kemudiannya menitahkan supaya kedua-dua parti mengemukakan nama calon Menteri Besar untuk dipertimbangkan oleh baginda.

Daripada situlah krisis politik Perlis mula berkembang sehingga akhirnya mencetuskan pelbagai tuduhan serta perang persepsi antara parti-parti dalam Perikatan Nasional.

BERSATU menegaskan bahawa sejak awal lagi, tidak pernah wujud unsur pengkhianatan terhadap PAS sebagaimana yang sering dimainkan oleh pimpinan parti itu.

Sebaliknya, menurut naratif BERSATU, isu sebenar ialah kegagalan PAS mematuhi titah Raja Perlis sebelum parti itu kemudian cuba mengalihkan persepsi dengan menuduh BERSATU sebagai pengkhianat tambah Aman lagi.

Kenyataan tersebut juga memperlihatkan hubungan antara PAS dan BERSATU kini semakin retak apabila kedua-dua parti dilihat semakin terbuka menyerang antara satu sama lain di ruang awam.

Apa yang lebih membimbangkan, pertikaian tersebut kini bukan lagi sekadar melibatkan strategi politik atau perebutan kuasa, tetapi mula menyentuh soal kesetiaan kepada institusi diraja dan integriti kepimpinan dalam gabungan pembangkang.

Perkembangan terbaru ini dijangka terus menambah tekanan terhadap PN yang kini berdepan cabaran besar untuk mengekalkan kesatuan dalaman menjelang percaturan politik nasional akan datang.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)