
Benarkah Jailani kata beginj?
“Terlalu membebankan untuk pasarkan produk yang rosak”
“Jika sepanjang penggal jadi ADUN PAS Rembia, beratus aduan dia tidak cakna, bagaimana nak serahkan nasib diri dan keluarga untuk lima tahun lagi?”
“Menipu MC, contoh buruk kepada masyarakat Melaka”
“Lekuk dan dahi hitam belum tentu amanah..”
Inilah antara kecaman masyarakat DUN Rembia terhadap Muhammad Jailani Khamis dan hiruk ini bukan sahaja berlegar di kedai kopi sahaja tetapi telah menular di hampir kesemua platform media sosial.
Malah isu “sijil sakit dua bulan” yang dia perolehi telah masuk fasa laporan polis. Menurut MC tersebut, Jailani diberi cuti sakit kerana kakinya retak tanpa diberi penjelasan spesifik bahagian kaki yang mana.
Malah masyarakat Melaka mula mendesak, doktor dan hospital mana yang memberikan cuti sakit selama dua bulan seolah beliau terlantar di rumah sedangkan beliau dilihat aktif menghadirkan diri di program politik PAS.
“Adakah Jailani seronok makan gaji buta di saat Sidang DUN Melaka sedang berjalan?” Kata pengundi DUN Rembia.