‘Calon Tidak Rasmi’ PKR Ditegur di Program MADANI

Melaka Digest
By -
0



MELAKA, 19 Oktober 2026. Belum diumumkan secara rasmi sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir, sudah menjadi perhatian susulan insiden tegang ketika menghadiri program Kampung Angkat MADANI di Bukit Rambai, semalam. Kejadian yang tular di media sosial itu mencetuskan persoalan mengenai batas antara kegiatan politik kepartian dengan program rasmi kerajaan, khususnya ketika Melaka semakin hampir menghadapi pilihan raya negeri.


Insiden yang berlaku sekitar pukul 9.22 pagi pada 18 Oktober itu menyaksikan Farzana diminta meninggalkan kawasan Masjid Al-Faizin, Paya Mengkuang, ketika program berkenaan berlangsung. Berdasarkan dakwaan yang tersebar, seorang wanita menegurnya kerana dipercayai membawa unsur politik ke kawasan program, sebelum berlaku pertengkaran yang menarik perhatian orang ramai.

Sebahagian dakwaan yang tular mendakwa Farzana cuba memperkenalkan dirinya sebagai calon PH dan mengajak pengunjung memberikan sokongan kepada parti berkenaan.

Farzana sendiri mengakui kejadian tersebut menerusi rakaman video yang dimuat naik ke Facebook rasminya pada 18 Oktober. Beliau menyatakan rasa sedih dan kecewa apabila diminta meninggalkan kawasan masjid, selain mendakwa ditengking di hadapan orang ramai. Malngnya ramai saksi melihat ianya bukan kejadian ‘menengking’ tetapi hanya arahan tegas meminta beliau hentikan kempen murahan di majlis rasmi kerajaan pusat.

Apa yang menjadikan kejadian ini lebih menarik ialah status Farzana sendiri. Pada 14 Oktober lalu, beliau secara terbuka menawarkan diri untuk bertanding di DUN Klebang pada PRN Melaka. Farzana menjelaskan bahawa kawasan tersebut merupakan pilihan utamanya sejak pilihan raya terdahulu, namun keputusan rasmi pencalonan masih tertakluk kepada pertimbangan pucuk pimpinan PKR.

Ini bermakna ketika insiden Bukit Rambai berlaku, Farzana belum mempunyai pengesahan rasmi sebagai calon PH. Timbul juga persoalan, kenapa hadir di majlis tersebut dengan menaiki kenderaan yang tertera wajahnya sebagai calon?

Farzana pernah bertanding mewakili PH di DUN Sungai Rambai ketika berusia 21 tahun, namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Siti Faizah Abdul Azis, dengan majoriti 1,137 undi. Namun apa yang menariknya adalah sikap gelojohnya. Pakatan Harapan Melaka belum lagi mengumumkan calon-calon bagi Pilihanraya Negeri Melaka tetapi beliau sudah menonjolkan diri sebagai calon PH.

Tambah menarik, program yang disempurnakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang mana ada sumber mengatakan beliau adalah calon pilihan Anwar Ibrahim di DUN tersebut.

“Belum pun nama calon dimuktamadkan, PH sudan celaru berebut nak jadi calon” – warga tempatan.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)