PAS dilaporkan sudah bersedia mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).
Menurut sumber dalaman, parti itu telah menamakan Pesuruhjaya PAS Melaka, Zulkifli Ismail yang juga Ahli Parlimen Jasin sebagai calon Ketua Menteri pilihan yang dikatakan dibuat sendiri oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Sumber menjelaskan, calon berkenaan dianggap paling layak kerana berpendidikan tinggi dalam bidang Islam dan memiliki imej ulama yang tegas terhadap isu moral. “Terlalu banyak pesta maksiat di Melaka, jadi beliau paling layak untuk membawa pembaharuan,” kata sumber tersebut.
PAS turut optimis bahawa kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bersama beberapa tokoh dari komuniti bukan Melayu termasuk bekas pemimpin Hindraf, akan memberi kelebihan besar untuk menawan Melaka.
Difahamkan, PAS turut mencadangkan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Timbalan Ketua Menteri, manakala wakil masyarakat India, Cina dan Portugis akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I, II dan III, sebagai simbol kepelbagaian dan keharmonian di bawah kepimpinan baharu
Namun, pemerhati politik menilai langkah PAS ini sebagai percaturan berisiko tinggi, antara cita-cita menegakkan “politik Islam” dan realiti demografi Melaka yang cenderung kepada pendekatan sederhana dan praktikal.
Jika benar PAS memimpin Melaka, negeri bersejarah itu bakal menjadi medan ujian besar sama ada politik berasaskan agama mampu diterjemah menjadi model pentadbiran yang inklusif, progresif dan stabil.
“Melaka Darul Islam”, inilah yang PAS akan buat?
