Ketua Bahagian Dipecat: PPBM Melaka Lumpuh

Melaka Digest
By -
0

Pemecatan Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd. Azrudin Md. Idris, membuka satu lagi bab krisis dalaman dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), khususnya di negeri Melaka. Menurut sumber dalaman parti, tindakan drastik itu dijangka mencetuskan gelombang keluar ahli secara besar-besaran, terutamanya daripada kem Azrudin yang diketahui mempunyai pengaruh kuat di peringkat akar umbi.

Difahamkan, Azrudin bukan sekadar tokoh bahagian biasa, beliau merupakan sebahagian daripada rantaian pengaruh kumpulan Ali Pasir, satu kelompok penting yang turut menjadi tulang belakang kepada kem pro-Wan Saiful Wan Jan. Kumpulan ini dikatakan mempunyai jaringan besar di seluruh negara dan memainkan peranan penting dalam gerakan dalaman parti sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemecatan Azrudin dilihat sebagai lanjutan daripada tindakan tegas terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM yang turut disingkirkan hari ini. Langkah keras ini dikatakan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penyokongnya yang kini menilai semula kesetiaan mereka terhadap pimpinan pusat parti.

Beberapa pemerhati politik berpendapat, krisis ini boleh menjejaskan kestabilan PPBM Melaka secara keseluruhan, memandangkan struktur organisasi di negeri itu banyak bergantung pada pengaruh individu berprofil tinggi seperti Azrudin.

Bahagian PPBM yang terjejas adalah bahagian Masjid Tanah apabila seramai 101 orang ahli PPBM bahagian tersebut telah pun mengumumkan keluar parti baru-baru ini dan ianya adalah isyarat awal bahawa gelombang penolakan terhadap kepimpinan pusat semakin merebak.

Sekiranya tindakan keluar parti ini berterusan, tidak mustahil PPBM Melaka bakal kehilangan tenaga akar umbi yang menjadi nadi kepada kekuatan mereka di lapangan. Apa yang sedang berlaku bukan sekadar isu disiplin atau perbezaan pandangan, tetapi tanda retak yang semakin melebar dalam tubuh parti yang sebelum ini gah membawa slogan perubahan.

Mas Ermiyati, betulkah beliau orang Muhyiddin?





Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)