Pemecatan Besar-Besaran: Ketua PPBM Hang Tuah Jaya Antara Yang Dipecat

Melaka Digest
By -
0


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilanda gelombang pemecatan apabila lima pemimpin kanan, termasuk Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Wan Saiful Wan Jan, digugurkan keahlian serta-merta. Antara yang turut dipecat ialah Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd. Azrudin Md. Idris.

Langkah keras ini berpunca daripada pelanggaran serius Perlembagaan dan Tatakelakuan parti, termasuk cubaan mengumpul Surat Akuan Bersumpah (SD) bagi menggugat kedudukan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka didakwa berusaha mencipta gelombang dalaman untuk mengusulkan transisi kepimpinan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden Bersatu.




Turut menerima hukuman ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang digantung keahlian selama satu penggal kerana kesalahan sama.

Menurut kenyataan rasmi, semua yang terlibat telah dipanggil menghadap Lembaga Disiplin pada 8 Oktober, dan keputusan dibuat secara bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak. Mereka masih mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan parti.

Tindakan ini menandakan amaran keras daripada kepimpinan Bersatu bahawa percubaan untuk menggugat disiplin dan kesetiaan parti tidak akan dikompromi sekali gus memperlihatkan bahawa Muhyiddin masih mengawal penuh teraju parti di tengah-tengah pergolakan dalaman yang semakin sengit.

Kesimpulannya, memang wujud desakan supaya Muhyiddin berundur dan kecoh Perhimpunan Agung Tahunan PPBM baru-baru ini bukan lakonan.



Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)