Pengerusi PN Melaka: Penyokong PAS Tidak Setuju Perlantikan Mas Ermieyati

Melaka Digest
By -
0

Perlantikan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka ternyata tidak disambut baik bukan sahaja di kalangan ahli PPBM sendiri tetapi lebih jelas, wujudnya penolakan daripada penyokong akar umbi PAS yang menjadi komponen penting dalam gabungan itu.


Menurut pemerhatian di lapangan, penolakan terhadap pelantikan ini bukan sekadar soal politik dalaman tetapi mencerminkan penolakan prinsip dan budaya kepimpinan yang selama ini dijunjung PAS.

Seorang penyokong tegar parti itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ali Umbai, menegaskan bahawa “penyokong PAS tidak boleh terima PN di Melaka diimami oleh wanita. Dalam Islam, wajib lelaki menjadi imam dan wanita adalah makmum. PAS pula ada ramai pemimpin lelaki berkaliber, bahkan bertaraf ulama.” 
 
"Tambah pula Tuan Guru Zulkifli sentiasa turun berdemo.." 

Kenyataan itu membawa mesej yang berat bahawa PN Melaka kini berdepan krisis legitimasi moral dan simbolik.

Lebih menambah luka, pemilihan Mas Ermieyati berlaku ketika PN sedang bergolak dengan isu pemecatan, penggantungan dan perpecahan dalaman. Ramai pemimpin yang berprinsip telah meninggalkan parti dan pengganti yang muncul bukan sahaja gagal menyatukan malah menimbulkan pertikaian baru.

“Di Melaka, PAS ada Pesuruhjaya negeri yang tinggi ilmu agamanya, Haji Zulkifli Haji Ismail, ahli parlimen Jasin dan beliau juga seorang Tuan Guru yang mampu membaca qunut nazilah tapi yang dilantik sebagai Pengerusi PN pula, qunut subuh pun belum tentu betul baca,” sindir seorang penyokong PAS dengan nada sinis tetapi sarat kekecewaan.

Bagi pemerhati politik, pelantikan ini jelas memperlihatkan dua perkara, pertama, PPBM kini kehilangan tokoh berkualiti untuk memimpin di peringkat negeri dan kedua, PN semakin dipimpin oleh keputusan politik yang tidak berpaksikan realiti akar umbi.

Dalam konteks Melaka, di mana PAS mempunyai jentera yang lebih tersusun dan disiplin berbanding PPBM dan langkah melantik Mas Ermieyati hanya akan mempercepatkan keretakan dalam PN.

Hakikatnya, PN Melaka kini sedang berhadapan dengan defisit kepercayaan. Penyokong PAS mempertikaikan dasar, penyokong PPBM kecewa dengan hala tuju dan rakyat Melaka melihat PN sebagai gabungan yang kian hilang arah serta prinsip.
 
"Isu lantik Pengerusi Melaka satu hal, isu menantu Muhyiddin yang lari dari siasatan jenayah rasuah satu hal..." katanya lagi. 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)