![]() |
| Beberapa banner yang dipasang oleh ahli PAS yang berang kerana Aliakbar seolah-olah tidak mengaku beliau adalah calon dari PAS |
Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa “kemenangan sulung di Karambunai jadi asas kukuh PAS di Sabah” membuka semula satu persoalan yang tidak boleh dipandang ringan, sejak bila Aliakbar bertanding sebagai calon PAS?
Sepanjang kempen di DUN Karambunai, kelihatan jelas bagaimana Aliakbar dan jenteranya berhati-hati menjaga jarak daripada imej PAS.
Sumber lapangan menunjukkan beliau tidak selesa apabila ada penyokong PAS memasang banner “Kepimpinan Menyokong Calon PAS”. Malah, identiti PAS hampir tidak kelihatan dalam naratif mahupun strategi komunikasi calon tersebut.
Namun sebaik sahaja keputusan diumumkan, tiba-tiba PAS muncul sebagai pihak pertama yang mahu menuntut kredit kemenangan itu.
Mereka mendakwa ia “tapak kukuh” PAS di Sabah seolah-olah kempen neutral yang dijalankan bukan strategi terancang dan seolah-olah jentera lain tidak memainkan apa-apa peranan.
Di sinilah timbul persoalan besar yang semakin sukar dielakkan, adakah PAS hanya mahu muncul selepas kemenangan tetapi menyembunyikan diri ketika rakyat sedang menilai?
Pengundi melihat sendiri bagaimana kempen digerakkan. Mereka tahu pihak mana yang agresif cuba menonjolkan imej PAS dan mereka juga tahu calon itu sendiri cuba mengelak daripada dikaitkan secara langsung dengan jenama tersebut.
Video dari facebook PAS Melaka
Situasi ini menimbulkan satu lagi persoalan, jika benar PAS yakin dengan kekuatan mereka, mengapa identiti itu tidak diperjuangkan ketika memancing undi?
Naratif seperti ini bukan sesuatu yang baharu. Dalam banyak episod politik sebelum ini, PAS sering dilihat mengambil kesempatan selepas kemenangan, walaupun ketika kempen mereka memilih untuk berselindung di sebalik logo gabungan lain.
Menangguk di air keruh, mengubah naratif selepas berjaya dan memanipulasi sentimen agama untuk memperkukuh kedudukan inilah corak lama yang kembali berulang.
Sabah sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan agama. Politiknya sensitif dan rakyatnya amat peka kepada niat sebenar mana-mana pihak yang hadir.
Melakukan permainan naratif seperti ini di Sabah hanya mengundang persoalan tentang kejujuran dan keikhlasan PAS terhadap pengundi setempat. Karambunai bukan tiket percuma untuk meluaskan pengaruh sambil menyembunyikan agenda sebenar.
Kemenangan Karambunai tidak memberi lesen kepada mana-mana parti untuk mengubah naratif sesuka hati selepas semuanya selesai. Kenyataan Tuan Ibrahim hanya mengesahkan satu perkara yang ramai sudah sedar iaitu PAS masih belum berubah.
Siapa sebenarnya yang dipilih oleh pengundi Karambunai kelmarin? Aliakbar yang moderat sepanjang kempen atau Aliakbar versi PAS yang tiba-tiba muncul selepas kemenangan?