Kalah Teruk Di PRN Sabah: Hamzah Zainuddin Puncanya?

Melaka Digest
By -
0

Menurut penganalisis politik tempatan dan sumber rapat, pertaruhan Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di 42 kerusi DUN Sabah bukan sekadar keputusan berisiko namun ia kini dilihat sebagai punca utama kekalahan gabungan itu dalam PRN Sabah ke-17.


Sejak dari awal proses pengumuman calon lagi, tanda-tanda kecelaruan jelas terpampang, mencerminkan kegagalan pengurusan strategik yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah pilihan raya sebesar ini.

Beberapa pemimpin kanan PN hanya mencadangkan persaingan di 10 kerusi DUN sahaja sesuai dengan realiti sebenar semasa parti iaitu, dana terhad, jarak geografi yang luar biasa luas menambahkan lagi beban kewangan untuk berkempen, kekurangan petugas kerana bajet terhad dan kebanyakan calon muka baharu yang memerlukan sumber lebih besar.

Menurut sumber lagi, keputusan itu diketepikan apabila senarai calon tiba-tiba meningkat daripada 41 kepada 42, hanya sehari selepas pengumuman rasmi.

Dalam insiden yang mengejutkan, pada pagi pengenalan calon, Hamzah Zainuddin dilaporkan hanya menyediakan watikah kosong untuk ditandatangani Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Ini jelas menunjukkan senarai calon masih belum dimuktamadkan, satu kecuaian besar dalam proses yang sepatutnya menjadi paling kritikal dalam kempen.

Satu perkara yang bukan lagi menjadi rahsia antara kepimpinan dan ahli parti adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak berpuas hati terhadap peranan Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya PN Sabah.

Antara isu besar yang menjejaskan kredibiliti PN pada hari pengumuman calon ialah, tiada resume atau biodata calon disediakan, satu amalan biasa dalam mana-mana pengenalan calon.

Dan akhirnya Pengerusi PN terpaksa memperkenalkan calon tanpa maklumat asas dan ini telah mencacatkan majlis rasmi gabungan itu.

Keadaan menjadi lebih janggal apabila Hamzah menubuhkan ‘Bilik Gerakan Utama Kedua’ di The Cloud @ Imago, bukannya menggunakan Bilik Gerakan Utama PN di Aeropod?.

Lebih membingungkan, bilik gerakan ini didakwa hanya boleh diakses oleh kumpulan tertentu yang digelar “Team White House”? dan ini dikatakan menambahkan lagi jurang dan rasa tidak puas hati dalam kalangan petugas akar umbi.

Ketegangan memuncak apabila dana RM500,000 yang dijanjikan untuk setiap calon dikatakan tidak pernah diterima?

Sebaliknya, setiap calon hanya diberikan sekitar RM30,000? Jumlah yang terlalu kecil untuk menggerakkan jentera di kawasan besar seperti di Sabah.

Akhirnya, beberapa petugas di Bilik Gerakan di beberapa kawasan dilaporkan telah memboikot gerak kerja kempen dan sebagainya menyebabkan calon-calon ditinggalkan tanpa sokongan operasi asas.

Dengan seluruh siri kecelaruan, salah strategi dan kegagalan pentadbiran, pengumuman Hamzah bahawa PN mampu menang 8 hingga 12 kerusi bukan sahaja tidak realistik tetapi ia membuatkan para pemerhati politik tersenyum sinis.

Kekalahan PN pada PRN Sabah bukanlah kejutan. Ia hanya mengesahkan apa yang telah dihidu oleh ramai pada hari pertama kecelaruan calon berlaku, Perikatan Nasional memasuki medan perang tanpa peluru, tanpa peta dan tanpa komando yang terancang.

Ada betulnya juga kata Saifuddin Abdullah bahawa Muhyiddin asyik mengatakan duit tiada apabila setiap kali mereka meminta untuk membuat program.

Jadi, wang siapa yang Perikatan Nasional gunakan?


Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)