Chegu Bard Kena Pandai Cari Duit Bayar Saman

Melaka Digest
By -
0

Dalam dunia politik hari ini, setiap perkataan boleh menjadi peluru sama ada untuk menyerang, mempertahankan diri atau akhirnya memakan diri sendiri.


Bagi yang memilih gaya politik lantang dan agresif, risiko saman bukan lagi perkara luar biasa, sebab itu ada orang kata, kalau mulut celupar, kenalah sedia poket tebal.

Realitinya, ada individu yang bukan sahaja bijak berpolitik tetapi juga bijak "menguruskan" saman. Ada yang mengeluh bila disaman tetapi ada juga yang melihat saman sebagai peluang mengumpul dana.


Fenomena ini semakin ketara apabila timbul cerita mengenai seorang tukang karut pro Mahathir yang berdepan saman RM600,000 ,namun menerusi kutipan sokongan awam, beliau bukan sahaja menampung jumlah saman, bahkan berjaya mengumpul lebih daripada itu. Baki lebihan? Disimpan sebagai modal “perjuangan”, “Macam cari makan pula dengan saman.”


Hakikatnya mudah, jika mahu bersuara lantang, belajar juga untuk bertanggungjawab. Jangan mencari masalah lalu mengharapkan pemimpin parti menyelesaikannya dan kalau sudah menjadikan saman sebagai “model perniagaan”, jangan pula terkejut jika rakyat mula mempersoalkan keikhlasan perjuangan itu sendiri.

Ada yang kata Chegu Bard sedang 'cari makan' berceramah dengan Perikatan Nasional Melaka di bawah pimpinan Mas Ermieyatie dan beliau bukanlah penyokong Muhyiddin.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)