“Exco Gardenia Bodoh” - Naib Presiden PPBM

Melaka Digest
By -
0

Isu roti Gardenia yang menghina rakyat Sabah belum mati malah makin marak. Walaupun ADUN PAS Kuala Ketil Mansor Zakaria sudah meminta maaf, kemarahan rakyat Sabah tidak surut kerana hakikatnya, kata-kata yang terlanjur itu mendedahkan bagaimana sebahagian pemimpin dari Semenanjung melihat Sabah ini murah, mudah dibeli dan tidak bermaruah.


Naib Presiden PPBM merangkap Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, tidak berselindung. Beliau menyifatkan Mansor sebagai “palui”, perkataan Sabah yang sangat jelas maknanya: bodoh, dungu, tak cerdik.

Tanpa berselindung, Ronald menyindir lagi, “Exco roti Gardenia, memalukan diri sendiri.”

Di saat PAS Kedah menyangka mereka bijak berpolitik, rupa-rupanya kenyataan yang keluar hanya membuka pekung dan mempermalukan parti sendiri di hadapan rakyat Sabah.

Dalam sidang DUN Kedah, Mansor dengan selamba mendakwa kempen PRN Sabah cukup dengan bagi roti Gardenia. Seolah-olah pengundi Sabah ini boleh dibeli dengan makanan murah dari kedai runcit.

Ada roti gardenia, apa maksud Alakbar Gulasan?

Kenyataan itu bukan saja dangkal tetapi mendedahkan mentaliti sesetengah pemimpin PAS yang masih melihat rakyat Sabah sebagai kelas kedua.


Mansor kemudian memohon maaf selepas dikecam seluruh negara. Namun alasan beliau kononnya hanya merujuk kepada ‘kecenderungan orang Sabah membeli roti Gardenia’ hanya menambahkan rasa tidak puas hati.

Kalau betul tidak berniat menghina, kenapa sebut dalam konteks PRN? Kenapa sebut ketika cakap tentang kempen politik?

Rakyat Sabah bukan bodoh. Mereka tahu bila dihina dan bila mereka cuba diperbodohkan.

Pesuruhjaya PAS Sabah sendiri, Datuk Dr Aliakbar Gulasan turut menghala sindiran kepada rakan parti dari Kedah.

Kenyataan ini sebenarnya menunjukkan betapa besarnya kerosakan imej yang Mansor telah lakukan hinggakan PAS Sabah sendiri terpaksa membetulkan keadaan.

Di saat PRN Sabah semakin hampir, isu kecil seperti ini mampu menjadi liabiliti besar. Mansor mungkin fikir dia melawak tetapi di Sabah, ia dianggap penghinaan terhadap identiti, martabat dan maruah rakyat.

Lebih perit, pemimpin PN dan PAS Sabah kini terpaksa ‘membersihkan lumpur’ yang disimbah oleh rakan parti sendiri.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)