Kecoh satu negara isu roti Gardenia yang bermula dengan kenyataan sinis ADUN Kuala Ketil dari PAS kini menjadi liabiliti politik terbesar Perikatan Nasional (PN) menjelang PRU DUN Sabah ke-17.
Di Melaka, kemarahan penyokong PN dan akar umbi PAS semakin memuncak. Mereka mendesak agar ADUN tersebut segera meletakkan jawatan selepas kenyataannya menghina rakyat Sabah didakwa mencetuskan imej negatif terhadap PAS dan PN di peringkat nasional.
Menurut sumber dalaman, jentera PAS Melaka kini terpaksa bekerja dua kali ganda untuk memulihkan imej parti akibat kontroversi itu. Salah seorang penyokong PAS Melaka berkata:
“Kami di Melaka bukan bela kenyataan seperti itu. Ia memalukan parti dan memalukan PN. Pemimpin macam ini patut berundur.”
Kemarahan itu semakin ketara apabila lima calon PAS yang bertanding di Melaka dilaporkan mengalami kemerosotan sokongan mendadak hanya kerana satu kenyataan yang tidak sensitif dan mencalarkan maruah rakyat Sabah.
Di Sabah, isu ini menimbulkan aftershock politik yang lebih besar.
DUN Karambunai satu-satunya kerusi yang dianggap favorite PAS untuk dimenangi melalui calon mereka, Aliakbar Gulasan kini turut menerima bahang kemarahan rakyat Sabah.
Aliakbar, menyedari sentimen semakin memburuk, tampil melalui akaun Facebooknya dengan kenyataan keras:
“Kami Orang Sabah Tidak Boleh Disogok Dengan Roti Gardenia Atau Dengan Apa Pun”
Serangan balas Aliakbar terhadap ADUN Kuala Ketil itu dilihat sebagai langkah ‘damage control’ untuk menyelamatkan peluangnya di Karambunai. Namun keberkesanannya masih menjadi tanda tanya kerana sentimen rakyat Sabah kini hyper-sensitif terhadap isu identiti dan maruah.
Di lapangan, penyokong PAS di Karambunai nyata kecewa, “Hinaan sebegitu tidak boleh diterima. Ini bukan cara kita di Sabah. Mereka di Semenanjung tidak faham sensitiviti kita.”

