Dalam kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, muncul satu cerita menarik dari bilik gerakan Karambunai yang kini menjadi tumpuan bukan kerana kekuatan jentera PAS tetapi kerana keanehan strategi mereka. Menurut sumber dalaman, PAS Melaka tidak menghantar tenaga atau jentera kempens ebaliknya hanya berperanan sebagai ‘penaja kewangan’ kepada calon PAS Karambunai, Aliakbar Gulasan.
Difahamkan, PAS Melaka sedang giat mengadakan siri ceramah dan kutipan derma di seluruh negeri Melaka bagi mengumpul dana sebanyak RM50,000 untuk dihantar ke Sabah.
Dana itu dikatakan digunakan bagi menampung keperluan logistik, bahan kempen dan mobilisasi akar umbi PAS di Karambunai.
Namun yang lebih menarik, menurut sumber, arahan khusus telah dikeluarkan oleh pimpinan negeri Melaka agar Ahli Parlimen Jasin, Hj Zainal tidak dihantar ke Sabah. Alasannya mudah ceramah beliau terlalu keras dan berpotensi menimbulkan sentimen negatif di kalangan pengundi Sabah.
“Orang Sabah tidak suka gaya ceramah yang terlalu berapi, apatah lagi yang berbau ‘rasis’ atau menunggang agama. Pendekatan PAS di Sabah lebih lembut dan bertumpu kepada imej ‘sejuk dan bersahabat’,” ujar sumber dari bilik gerakan PAS Karambunai.
Keputusan ini menunjukkan PAS kini mula sedar bahawa gaya politik mereka di Semenanjung tidak boleh diulang di Sabah, negeri yang terkenal dengan kepelbagaian etnik dan kepekaan terhadap isu agama serta perkauman. Dalam erti kata lain, PAS Sabah sedang cuba menampilkan wajah yang lebih moderat dan tempatan sementara PAS Melaka mengambil peranan sebagai penyumbang dari jauh.
Namun, persoalannya kini adakah strategi “hantar duit, bukan jentera” ini akan membantu Aliakbar Gulasan mempertahankan pengaruh PAS di kawasan Karambunai atau sebaliknya menunjukkan betapa lemahnya akar umbi PAS di Sabah sendiri?
Dalam politik, wang mampu menggerakkan kempen tetapi tanpa jiwa dan tenaga jentera yang hidup di lapangan, duit tidak menjamin undi.
Satu hal pasti Islam yang dibawa oleh PAS boleh diubah-ubah? Di Melaka lain, di Sabah lain?
Lagi pun Hj Zainal sendiri tidak memberi cerminan yang baik kepada tempatnya sendiri, baca di SINI
