Tular kembali pengakuan bersumpah laknat oleh Lokman Adam bahawa Chegu Bard pernah berzina di dalam rumah Lokman sendiri, satu tuduhan berat yang sehingga kini tidak pernah dijawab secara tuntas oleh empunya diri.
Dalam diam, isu ini kembali menghantui kredibiliti seorang individu yang kini kononnya mahu menjadi “pembela moral” dalam dunia politik.
Ironinya, Chegu Bard kini begitu rancak bermain api dengan menuduh ada ADUN UMNO di Melaka kononnya menyondol isteri orang, seolah-olah beliau seorang pejuang suci yang bebas daripada dosa tetapi rakyat kini semakin bijak menilai apakah ini keberanian menegakkan kebenaran atau sekadar permainan murahan untuk kekal relevan dan cari makan atas pentas PAS?
Menurut beberapa pemerhati politik Melaka, tindakan Chegu Bard hanyalah skrip lama untuk mengekalkan perhatian dan simpati dalam kalangan penyokong PAS di peringkat akar umbi.
Setelah disisihkan oleh PPBM pusat, beliau kini menumpang pentas PAS demi sesuap populariti. Tidak hairanlah jika ada yang menggelarnya “pengemis QR” kerana setiap kali naik pentas, tabung derma menjadi pengukur keberhasilan ceramahnya?
Sebelum ini, Chegu Bard sering kelihatan bersama Ali Pasir, seolah-olah dua sekutu politik yang tidak terpisah. Namun, hubungan itu dikatakan retak akibat tabiat ‘meminta-minta’ Chegu Bard sendiri.
Ada yang menyindir, “Dulu ke hulu ke hilir dengan Ali Pasir tapi akhirnya ditinggalkan juga mungkin sebab asyik minta duit minyak kot.”
Kini, Chegu Bard cuba menonjolkan diri sebagai “penentang korupsi dan penegak moral,” tetapi bayangan lama terus menghantuinya. Kalau benar Lokman Adam berani bersumpah laknat atas nama Allah tentang kejadian itu, mengapa Chegu Bard tidak tampil menafikan secara bersumpah juga?
Rakyat tidak bodoh. Mereka melihat permainan hipokrasi ini daripada mendabik dada kononnya pejuang rakyat kini bertukar menjadi ‘badut politik’ yang hidup atas fitnah dan sensasi.
Persoalan yang terus berlegar kini bila Chegu Bard mahu jawab pengakuan Lokman Adam itu secara terbuka?
Atau beliau lebih selesa terus menyorok di belakang pentas PAS sambil menjual isu murahan untuk terus bertahan dalam politik?
Sampai bila mahu hidup dengan cara begini, Chegu Bard?
