Kumpulan Pro Muhyiddin Akan Boikot Ceramah Chegu Bard Di Melaka

Melaka Digest
By -
0

Ceramah yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan oleh PPBM Melaka bersama wakil PAS Melaka dikatakan bakal berdepan sabotaj dalaman dan kali ini datang daripada kem penyokong tegar Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.


Punca kemarahan kumpulan ini jelas iaitu keputusan Mas Ermieyatie Samsudin yang berpihak kepada Hamzah Zainuddin dalam isu pemecatan Wan Saiful Wan Jan serta penggantungan Wan Ahmad Fayhsal dan beberapa Ketua Bahagian PPBM termasuk Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya yang turut disingkir.


Menurut sumber dalaman PPBM Melaka, penyokong kem Muhyiddin nyata kecewa dan mula menunjukkan penentangan terbuka.


“Kami pun tidak faham kenapa perlu berceramah di tempat yang sama, baru ni dah buat dan kali ini buat lagi,” ujar seorang penyokong PPBM yang enggan dinamakan.

Beliau turut menyindir kepimpinan Mas Ermieyatie,

“Dia dah lupa jasa Tan Sri Muhyiddin… selepas dilantik sebagai Pengerusi PN Melaka pun masih berani berpaling tadah.”

Bukan sekadar retak dalaman PPBM, hubungan antara PAS Melaka dan PPBM juga semakin dingin. Calon PAS untuk jawatan Pengerusi PN Melaka, Hj Zainal (Ahli Parlimen Jasin), ditolak walaupun lebih disegani di peringkat akar umbi.

Sumber PAS Melaka menyifatkan penolakan itu sebagai penghinaan terhadap calon berimej agamawan.

“Kalau nak pilih pemimpin, pilihlah yang ada nilai agama. Bukan ‘lembu betina’ yang pandai berpolitik depan kamera tapi kosong di belakang,” sinisnya, merujuk kepada sindiran tajam terhadap Mas Ermieyatie.

Dalam masa yang sama, penceramah utama program tersebut Chegu Bard turut menjadi bahan kecaman. Hubungannya yang tegang dengan pimpinan PPBM pusat menjadikan kehadirannya satu risiko politik.

“Apa yang nak diceramahkan tentang ‘Kedaulatan Negara’ kalau parti sendiri pun huru-hara? Dulu Muhyiddin pernah derhaka kepada YDPA waktu jadi PM, sekarang nak tunjuk jaguh kononnya pembela rakyat?” tempelak seorang aktivis PAS Melaka.

Lebih pedas lagi, ada pemimpin tertinggi PPBM pusat melabel Chegu Bard sebagai ‘pengemis QR’.

“Kalau ceramah sekadar nak kutip derma, baik tak payah datang. Parti pun tengah sakit, jangan tambah malu,” tegas penyokong PN Melaka.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)