Menghina Orang Sabah Dengan ‘Roti Gardenia’: Pesuruhjaya PAS Melaka Dikecam Hebat

Melaka Digest
By -
0
sedang viral di sosmed

Pengikut tegar PAS Melaka kini berang bukan kerana maruah rakyat Sabah dihina tetapi kerana Pesuruhjaya PAS Melaka merangkap Ahli Parlimen Jasin, Hj Zulkifli Ismail tidak tampil dengan apa-apa “dalil politik” bagi mempertahankan kenyataan kontroversi rakan separtinya, Mansor Zakaria, Exco Kerajaan Negeri Kedah.


Kenyataan Mansor yang menyindir bahawa “Orang Sabah kempen dia bagi roti Gardenia sahaja” nyata mengguris rakyat Sabah. Namun yang lebih melucukan, penyokong PAS Melaka pula kecewa kerana “ulama besar parti” mereka tidak mampu merekayasa hujah untuk menutup kenyataan dangkal tersebut.

Bagi mereka, Hj Zulkifli sepatutnya mampu menghasilkan sekurang-kurangnya satu hadis politik, satu dalil kiasan atau satu analogi retorik seperti kebiasaan sebahagian ulamak politik PAS setiap kali perlu menyelamatkan imej parti. Namun kali ini, sunyi tiada apa-apa. Haji Hadi kebiasaannya dengan pantas akan keluarkan kiasan atau perumpaan dengan nama haiwan atau perangai seperti haiwan.

Situasi menjadi lebih panas apabila Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, Ronald Kiandee secara terbuka menyindir Mansor melalui Facebook dengan gelaran pedas, “Exco Roti Gardenia. PALUI. Malukan diri sendiri.”

Perkataan “palui” yang sinonim dengan “bodoh”, memberi tamparan yang sukar ditelan. Ia bukan datang daripada musuh politik tetapi daripada pemimpin gabungan sendiri. Maka bermulalah drama penyokong PAS Melaka yang bukan risau soal maruah Sabah tetapi lebih kecewa kerana label “palui” itu kini terpalit kepada figura mereka sendiri.

Ironinya, sementara rakyat Sabah mempersoalkan penghinaan yang berlaku, penyokong PAS Melaka pula sibuk mempertahankan maruah parti dan bukan maruah rakyat. Seolah-olah isu sebenar bukan kenyataan menghina tetapi ketiadaan “dalil” untuk menampal keceluparan pemimpinnya.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)