“Kasi Bagus Sabah”: Slogan PN Yang Gagal Menutup Realiti Negeri Pentadbiran PAS

Melaka Digest
By -
0


Slogan Perikatan Nasional (PN) untuk PRN Sabah ke-17, “Kasi Bagus Sabah” mungkin kedengaran hebat dan penuh visi tetapi realiti prestasi pentadbiran mereka di Semenanjung menimbulkan seribu persoalan. Rakyat Sabah semakin celik, semakin skeptikal dan semakin berani bertanya apa sebenarnya yang PN mahu baguskan?


Empat negeri yang ditadbir PAS, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis masih kekal di kelompok paling bawah dari segi KDNK, pelaburan dan pembangunan struktur asas.

Jika diukur dari segi prestasi ekonomi tidak satu pun negeri PAS berada dalam Top 5 KDNK negara, pelaburan besar masuk pun tidak seberapa dan infrastruktur asas seperti jalan raya, kemudahan awam dan pusat bandar jauh ketinggalan.

Bagaimana parti yang gagal membangunkan negeri sendiri mahu menjadi “penyelamat” Sabah?


“Stesen bas pun macam kandang kambing”, stesen bas bersepadu pun tidak setanding dengan negeri seperti Melaka, Johor atau Pahang, macam mana nak ‘kasi bagus Sabah?”


Adakah slogan ini hanya alat kempen atau strategi untuk membuka peluang kepada kumpulan tertentu mengaut harta Sabah?

Jika PN mahu membawa model pentadbiran SG4 ke Sabah, ia bukan “kasi bagus”, tetapi “kasi mundur”.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)