Pepatah Melayu menyebut, “Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.” dan entah bagaimana, pepatah itu tampak begitu melekat pada gelagat PAS Melaka mutakhir ini, sebuah parti yang begitu gemar menuduh orang lain buat salah tetapi akhirnya terpalit dengan perangai yang sama.
Dalam satu kenyataan rasmi Ketua Penerangan PAS Melaka di
laman Facebook rasmi mereka, muncul nada keras mengancam tindakan undang-undang
terhadap laman dan akaun media sosial “Melaka Digest”. Kononnya telah membuat
“hantaran berunsur fitnah”, “menyebarkan maklumat palsu” dan “mencetuskan
perbalahan” antara PAS dan PPBM.
Ironinya, apabila diteliti kandungan TikTok Melaka Digest tersebut, apa yang dilaporkan lebih kepada pergolakan semula jadi antara penyokong dua parti itu, sesuatu yang rakyat sudah lama tahu wujud. Tiada fitnah, tiada fabrikasi pelik. Hanya realiti dalaman yang PAS cuba sorok di bawah sejadah.
Namun di sinilah lawaknya apabila PAS yang selama ini lantang melaungkan kebebasan bersuara tiba-tiba berubah menjadi “polis media” yang mudah tersinggung. Jika suara kecil rakyat dianggap fitnah, maka apakah makna demokrasi dan kebebasan bersuara pada kaca mata PAS?
![]() |
| ini apa? |
![]() |
| Ini melaga-lagakan |
Lebih menggelikan hati, bandingkan kenyataan keras PAS Melaka itu dengan penceramah kegemaran mereka sendiri, Chegu Bard. Individu yang terkenal dengan seni mencipta naratif persepsi, menyerang UMNO, BN, PH, DAP dan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan. Aneh, bila kena pada orang lain, ia dianggap “pendedahan”. Bila terkena pada PAS, terus jadi “fitnah”.
Lebih janggal, PAS Melaka seolah-olah tidak sedar bahawa mengundang Chegu Bard ke pentas mereka sendiri adalah satu tamparan keras kepada PPBM. Ini kerana Chegu Bard secara terbuka menentang Muhyiddin Yasin. Adakah PAS Melaka tidak peka?
Hakikatnya, tindakan PAS Melaka ini lebih memberi gambaran
sebuah parti yang cepat panik, mudah terasa dan gagal mengurus isu dalaman
sendiri. Daripada menyalahkan orang lain, lebih baik PAS meninjau hubungan
retak antara mereka dan PPBM kerana jika tidak diurus, retak itu akhirnya akan
pecah dan ketika itu tidak perlu sesiapa memfitnah pun.
Isu menghina rakyat Sabah dengan ‘roti Gardenia’ pun masih cuba pertahankan diceramah politik di Sabah sedangkan EXCO Kedah yang celupar telah meminta maaf. Hadi Awang dan Sanusi seolah tidak berpuas hati dan cuba mengatakan EXCO Kedah tersebut tidak bersalah?




