Ceramah PAS Di Sabah: Sanusi Anggap Isu Roti Gardenia ‘Benda Kecil’

Melaka Digest
By -
0

Dalam video yang sedang hangat tular di Sabah, kenyataan terbaru Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor cuba meremehkan kontroversi itu dan menyifatkannya sebagai “benda kecil sahaja”.



Namun, bagi warga Karambunai dan rakyat Sabah amnya, kata-kata Sanusi jelas gagal menenangkan kemarahan. Isu ini bermula apabila seorang Exco PAS Kedah dilaporkan membuat kenyataan menghina rakyat Sabah, mengaitkan mereka dengan roti Gardenia sebagai bahan sindiran kononya orang Sabah sudah cukup dengan kempen memberi roti Gardenis sahaja.


Meskipun exco terbabit telah tampil memohon maaf secara terbuka, kenyataan itu tetap menimbulkan keresahan kerana ia mencerminkan sikap sombong dan sukar menerima teguran.


Namun kenyataan itu mendapat tentangan daripada pemerhati politik dan rakyat Sabah yang menilai bahawa pemimpin PAS termasuk Hadi Awang dan Sanusi, seakan menolak tanggungjawab moral mereka untuk menghormati rakyat Sabah. Teguran rakyat terhadap exco mereka bukan sekadar soal roti tetapi soal adab politik dan hormat terhadap masyarakat negeri lain.


Malah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee turut membidas EXCO Kedah tersebut dengan memanggilnya “Exco Roti Gardenia. PALUI. Malukan diri sendiri.”



Penganalisis politik menyifatkan, apa yang berlaku mencerminkan kelemahan PAS dalam menghadapi kritikan: walaupun exco telah mengakui kesilapan, pimpinan tertinggi parti tetap mengelak daripada mengakui kesalahan dan meremehkan isu yang nyata menyinggung perasaan rakyat.


Bagi rakyat Karambunai, isu roti Gardenia ini bukan sekadar bahan jenaka politik tetapi simbol bagaimana sebahagian pemimpin masih melihat rakyat Sabah sebagai subjek politik yang boleh diperlekeh.
 
Calon PAS DUN Karambunai berlakon kononnya dia marah tetapi apa bila Sanusi terus mengupas isu roti seolah-olah kecil, beliau hanya membisu. 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)