Pilihanraya Negeri Sabah kini menjadi medan panas bukan sahaja di medan politik tetapi juga di dunia maya, selepas satu status Facebook menimbulkan tanda tanya besar. Pemilik akaun menggunakan nama “Dunan Putin Martin” menulis:
"Kalau PNPAS terkubur di Sabah, korang tau lah siapa penyebab!"
Status itu bukan sekadar kata-kata tetapi disertai gambar yang memaparkan Pesuruhjaya PAS Melaka, Hj Zainal, dan Ahli Parlimen PAS Pasir Putih, Kelantan yang dilihat hadir bersama. Netizen segera membuat spekulasi bahawa gambar tersebut mungkin diambil sewaktu hari penamaan calon baru-baru ini.
Reaksi warganet pula tidak kurang panas. Sebahagian mendakwa imej Hj Zainal kini terpalit kontroversi selepas label “pembaca qunut nazilah” yang sering timbul di setiap demonstrasi di Kuala Lumpur. Manakala Nik Mohamad Zawawi Salleh turut menjadi sasaran sindiran kerana gaya hidup mewah yang dipamerkan dan sikapnya yang dianggap tidak berwibawa sewaktu sesi perbahasan di Parlimen.
Kedua pemimpin PAS ini dikatakan tidak digemari oleh warga Sabah?
Status tersebut mendapat 600 lebih kesukaan dan juga komen yang bercampur.

