PAS Tipu Penyokong Sendiri: Dwi Standard Agama Terbongkar di Sabah

Melaka Digest
By -
0

Perkembangan politik terbaru di Sabah membongkar wajah sebenar PAS sebagai parti yang hanya menggunakan Islam sebagai umpan politik, bukan perjuangan tulen. Dalam rundingan terakhir bersama Perikatan Nasional (PN), PAS akhirnya akur dengan realiti politik tempatan hanya akan bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sekadar yakin menang satu kerusi sahaja.

Langkah ini bukan sekadar tanda kelemahan tetapi pengakuan terbuka bahawa impian menjadikan Sabah sebagai “Islamic State versi Borneo” dengan gelaran baharu Sabah Darul Bayu hanyalah retorik politik untuk mengaburi mata penyokong.

Sebelum ini, PAS Sabah begitu agresif menjual naratif “Sabah kembar SG4”, kononnya negeri itu bakal mengikuti jejak Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sebagai wilayah yang “bebas” daripada judi dan arak. Namun hakikatnya, pentadbiran SG4 sendiri tidak pernah menzahirkan model pemerintahan Islam seperti yang dijaja. Ia hanya slogan politik yang dimanipulasi untuk menggambarkan seolah-olah PAS membawa pentadbiran lebih suci daripada pihak lain.

Kini apabila realiti Sabah menolak retorik itu, PAS mula menunjukkan wajah pragmatik tunduk kepada kepentingan kuasa, bukan prinsip Islam yang sering dilaungkan. Parti itu tanpa segan silu menggugurkan agenda “Negeri Islam” dan memilih bertanding sekadar melengkapkan kouta gabungan.

Ironinya, di Semenanjung, PAS menuduh pihak lain menolak hukum Islam dan mempermainkan agama, tetapi apabila berdepan masyarakat majmuk di Sabah, parti yang sama sanggup menukar wajah dengan meninggalkan slogan “Negeri Islam” demi kerjasama politik.

Penyokong PAS sendiri kini berasa tertipu. Mereka dibuai janji bahawa Sabah akan menjadi model pentadbiran Islam di Borneo, namun akhirnya disuruh menerima hakikat bahawa perjuangan itu “ditangguhkan” kononnya atas strategi.

Kisah PAS di Sabah ini mendedahkan dwi standard besar dalam pendekatan politik mereka keras terhadap lawan di Semenanjung, lembut dan kompromi apabila berada di negeri yang menolak retorik agama. Islam dijadikan alat mobilisasi, bukan landasan perjuangan.

Realitinya, PAS bukan tunduk kepada kehendak rakyat tetapi kepada kepentingan kuasa dan seperti biasa yang paling rugi ialah penyokong mereka sendiri ditipu dengan nama agama yang disucikan demi politik yang dikotorkan.
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)