Suasana ceramah Perikatan Nasional (PN) Melaka kini semakin suram dan hambar.
Kehadiran warga semakin merosot, malah kebanyakan yang hadir hanyalah ahli parti sendiri. Berdasarkan tinjauan terkini ceramah di Pasir Gembur, Tanjung Bidara semalam, daripada kira-kira 150 orang yang hadir ke ceramah terbaru PN Melaka, hanya sekitar 30 orang sahaja terdiri daripada penduduk tempatan selebihnya adalah jentera dan penyokong parti dari pelbagai tempat di Melaka. Kesemuanya dari penyokong pro Hamzah Zainuddin.
Antara punca utama kemerosotan sambutan ini ialah kerana rakyat sudah mula muak dengan isu-isu kitar semula (recycle) yang dibangkitkan oleh penceramah PN termasuk Chegu Bard yang kini dilihat lebih sebagai ‘orang Hamzah’.
Ceramah mereka tidak lagi membawa idea segar atau wawasan baharu untuk negeri Melaka, sebaliknya hanya mengulang naratif lama tanpa sebarang hala tuju yang jelas.
Tuduhan bahawa Kerajaan Negeri Melaka sebagai ‘syok sendiri’ memakan diri mereka sendiri kerana rakyat Melaka lebih tahu apa yang sedang berlaku di Melaka sekarang ini.
Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terus memperkukuh agenda rakyat melalui pelbagai inisiatif proaktif seperti program WRUR – Wakil Rakyat Untuk Rakyat yang kini memberi impak besar kepada masyarakat setempat.
Program ini bukan sekadar slogan tetapi terbukti membantu menyelesaikan isu-isu setempat secara langsung dari kebajikan hingga pembangunan infrastruktur.
Rakyat kini lebih menilai kepada tindakan berbanding retorik. Apabila kerajaan negeri tampil agresif menyantuni masalah rakyat dan membangunkan Melaka, mereka tidak lagi melihat ceramah politik yang penuh tuduhan dan sindiran sebagai sesuatu yang bermanfaat.
Lebih memburukkan imej PN Melaka, setiap kali ceramah diadakan pasti akan muncul ‘tabung milo’ untuk kutipan sumbangan.
Dalam keadaan rakyat sedang berdepan tekanan ekonomi, tindakan ini dianggap tidak sensitive, terutama apabila diketahui ramai pemimpin PN hidup dengan gaji besar tetapi masih menagih sumbangan daripada penyokong miskin mereka sendiri.
Malah, ADUN Pembangkang di lihat ‘beronggeng’ dengan ahli keluarha dan kroni mereka sahaja sehinggakan ada lebih daripada 400 aduan rakyat di kawasan mereka terpaksa diuruskan oleh Kerajaan Negeri Melaka sendiri. “Nak buka meja aduan rakyat pun mereka malas tapi berceramah rajin pula” kata warga DUN Rembia. Baca selanjutnya di SINI.
Akhirnya, ceramah PN Melaka dilihat sekadar medan “ronggeng politik”, tempat bersembang dan melepas geram tanpa memberi nilai tambah kepada rakyat. Isu jejantas, “Ali pasir” atau sindiran terhadap Ketua Menteri yang keluar negara dijadikan modal hiburan bukan agenda pembangunan.
Rakyat Melaka sudah matang menilai. Mereka tahu siapa yang bekerja untuk negeri dan siapa yang sebenarnya sekadar “syok sendiri” di pentas ceramah.
