Agak mengejutkan apabila laporan dmenyatakan bahawa ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang kini bersama PAS semakin menjauh dari rakyat yang diwakilinya.
Beliau lebih rajin menghadiri program ceramah politik berbanding menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, Jailani kini menjadi simbol kegagalan wakil rakyat lompat parti yang hilang arah perjuangan.
Menurut sumber dalaman pentadbiran negeri, lebih 400 aduan daripada warga DUN Rembia kini terpaksa diuruskan sendiri oleh pejabat Ketua Menteri Melaka kerana ADUN berkenaan gagal turun padang mahupun memberi maklum balas kepada isu setempat.
Penduduk Rembia semakin muak dengan sikap lepas tangan ini. “Dia (Jailani) hanya muncul bila ada majlis PAS atau ceramah politik, tapi kalau bab jalan rosak, rumah roboh atau bantuan rakyat, batang hidung pun tak nampak,” kata orang tempatan yang kecewa dengan prestasi ADUN tersebut.
Jailani bukan asing dengan gelaran “YB Katak”, setelah berpindah dari PKR ke UMNO dan kini menjadi ahli PAS. Namun, walau di mana pun beliau bernaung, gaya kerja malas dan culas seolah-olah menjadi identiti kekal.
“Dulu masa PKR, sama juga, banyak janji tapi tiada tindakan. Masuk UMNO pun serupa. Sekarang PAS pula, makin rajin berceramah tapi kerja tak jalan,” tambah sumber lagi.
Hakikatnya, rakyat Rembia kini berdepan realiti pahit mereka tidak lagi mempunyai wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk mereka. DUN Rembia ibarat bontang ditinggalkan tanpa hala tuju dan tanpa kepimpinan yang berkesan.
Ramai pemerhati politik melihat tindakan Jailani menyertai PAS bukan kerana prinsip perjuangan Islam tetapi sekadar mencari perlindungan politik selepas gagal menonjol dalam UMNO. Kini setelah berada dalam PAS, wajah sebenar beliau terserlah dengan beliau lebih ghairah berceramah di pentas politik berbanding menunaikan amanah sebagai wakil rakyat.
Rakyat Rembia wajar menilai semula adakah mereka mahu terus dipimpin oleh seorang YB yang hanya tahu bercakap di pentas politik tetapi membisu di lapangan rakyat?
Jika pola kerja seperti ini berterusan, Rembia bukan sekadar ketinggalan pembangunan tetapi akan menjadi cermin kegagalan politik oportunis yang hanya menukar baju, bukan sikap.
