Isu kecil dijadikan besar bila melibatkan PMX itulah gaya politik murahan PAS yang semakin ketandusan akhlak dan hujah.
Terbaru, PAS Melaka melalui laman rasmi facebook mereka menyindir tindakan PMX yang meraikan Presiden Amerika, Donald Trump dengan menari bersama dalam majlis sambutan rasmi sebagai tanda hormat diplomatik. Tanpa memahami konteks, mereka terus menuduh Perdana Menteri sebagai “tidak sensitif terhadap nasib Palestin”.
Soalnya, sejak bila menari dianggap dosa politik tapi menutup mata terhadap rasuah dalam rumah sendiri dianggap jihad?
PAS, khususnya melalui Dewan Ulama mereka, semakin hipokrit bila hanya pandai menunjuk alim terhadap orang lain tetapi kaku bisu bila melibatkan sekutu sendiri.
Mereka menuduh PMX “bersahabat dengan pro-Israel”, sedangkan mereka sendiri menutup mata terhadap menantu kepada Muhyiddin Yassin bekas Perdana Menteri dan ketua besar mereka dalam Perikatan Nasional yang melarikan diri ke luar negara untuk lari daripada kes jenayah rasuah.
Di mana suara “ulama” ketika gambar menantu Muhyiddin itu tular menunjukkan kehidupan mewahnya di luar negara, lengkap dengan hobi eksklusif seperti aktiviti menembak dan ‘percutian’ mahal?
Dewan Ulama PAS kononnya prihatin terhadap Palestin, tetapi tidak prihatin terhadap keadilan dan integriti di tanah air sendiri.
Mereka menegur tarian diplomatik tetapi tidak menegur pelarian rasuah yang melibatkan menantu tokoh besar PN. Mereka menuduh PMX bersahabat dengan musuh Islam, sedangkan mereka sendiri bersubahat dengan penjenayah rasuah yang mencemarkan nama Islam dan bangsa Melayu.
PAS Melaka yang ikut-ikutan dalam hal ini pula membuktikan bahawa mereka sekadar peniru buta garis propaganda pusat. Mereka tidak membawa hujah, hanya membawa emosi dan dendam politik.
Kalau benar Dewan Ulama PAS berpegang pada prinsip Islam, maka keluarlah kenyataan menuntut agar menantu Muhyiddin pulang dan berdepan kesnya. Jangan hanya berani bersuara bila melibatkan Anwar, tapi kecut bila melibatkan Muhyiddin Yasin.
Rakyat Malaysia tidak bodoh. Mereka tahu beza antara tarian diplomasi dan pelarian rasuah.
Dan hari ini, yang menari paling rancak di pentas hipokrasi bukan Anwar bersama Trump, tapi Dewan Ulama PAS bersama dosa diam mereka sendiri.

