Pengerusi PPBM Melaka: Kumpulan Penyokong Rahim Tamby Chik Tolak Mas Ermieyati?

Melaka Digest
By -
0


Perlantikan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Pengerusi PPBM Melaka yang baharu nampaknya menjadi bala politik kepada parti itu sendiri. Apa yang disangka sebagai langkah penyegaran kepimpinan kini bertukar menjadi simbol penolakan besar-besaran di kalangan ahli dan penyokong akar umbi PPBM Melaka.

 

Menurut sumber dalaman, majoriti pimpinan bahagian PPBM Melaka, khususnya kelompok yang dikaitkan dengan pengaruh Tan Sri Rahim Tamby Chik menolak pelantikan Mas yang dianggap tidak layak dan tidak mempunyai kekuatan politik tempatan.

 

“Mas bukan pilihan kami. Dia datang ‘turun dari langit’ tanpa akar, tanpa jentera, tanpa jiwa Melaka,” kata seorang pemimpin bahagian yang kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan.


Mas Ermieyati dikatakan gagal menonjolkan karisma sebagai pemimpin negeri. Beliau lebih dikenali di peringkat pusat tetapi di Melaka, nama Mas dikatakan ‘sejuk’ dan tidak diterima oleh jaringan lama PPBM yang masih kuat di bawah pengaruh Rahim Tamby Chik.

 

Walaupun Rahim Tamby Chik tidak lagi memegang jawatan rasmi, pengaruhnya masih kukuh. Geng beliau dikatakan menguasai beberapa bahagian utama dan mempunyai akar yang jauh lebih mendalam di Melaka berbanding Mas. Dikatakan bekas Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya, Mohd Azrudin Md Idris yang dipecat dari parti juga adalah penyokong kuat Rahim Tamby Chik.

 

“Kalau Mas fikir dia boleh datang dan arah orang ikut, silap besar. Ini Melaka, bukan Putrajaya,” ujar seorang pemerhati politik tempatan.

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)